loading...
VIRAL Dituduh Menipu OKU. Inilah UGUTAN Yang Buat Wanita Ini TAKUT Keluar Rumah !!! | Johor Bahru: Wanita rabun teruk yang dikatakan menipu sebagai orang buta mendakwa kini ketakutan untuk melakukan aktiviti menjual tisu sebagai pendapatan selepas menjadi tular di media sosial.
Wanita berusia 42 tahun itu berkata, dia takut untuk keluar rumah selepas menerima kecaman netizen malah ada yang mengugut untuk mencungkil matanya selepas video dia memasukkan sejumlah besar wang di bank di Johor Bahru turut disebarkan di media sosial beberapa hari lalu.
“Lepas video saya jadi viral, saya jadi takut, sebab ada yang nak cucuk mata saya.
“Macam mana saya nak cari rezeki sedangkan saya masih ada anak-anak yang perlu ditanggung,”katanya.
Dia yang juga orang kurang upaya (OKU) kategori rabun teruk, hari ini tampil menafikan dakwaan yang tular di laman sosial mengatakan dia menipu menjadi buta dan mengaut keuntungan hasil menjual tisu di sekitar bandar raya ini.
Katanya, laporan polis mengenai video yang tular itu sudah dibuat di Balai Polis Larkin, 6 Januari lalu.
loading...