Penat Kumpul Duit, Tapi Habis Digunakan Dalam Masa Sehari Sahaja, Lelaki Ini Tegur Mereka Yang Gunakan Duit Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan

loading...
Penat Kumpul Duit, Tapi Habis Digunakan Dalam Masa Sehari Sahaja, Lelaki Ini Tegur Mereka Yang Gunakan Duit Hantaran Untuk Majlis Perkahwinan

Foto Hiasan: Bercinta Selepas Nikah
Setelah bekerja keras, membuat kerja sampingan, dan lebih masa, kini simpanan untuk majlis perkahwinan sudah mencukupi. Saat sebegini pasti dinantikan bukan sahaja buat lelaki, bahkan wanita juga, kerana akhirnya dapat disatukan jua.
Segala perbelanjaan yang perlu dikeluarkan pula, sememangnya di atas bahu lelaki, duit hantaran yang diberikan kepada pasangan, sering menjadi penyumbang untuk memastikan majlis dapat berlangsung dengan meriah.
Namun, mungkin ada yang terlepas pandang, duit hantaran tersebut, sebaiknya digunakan untuk kehidupan selepas berkahwin, dan buka pada majlis sehari itu sahaja, jika ingin digunakan pun, sebaiknya hanya separuh sahaja, selebihnya dijadikan simpanan.
Mungkin ada yang beranggapan ianya salah, dan tidak masuk akal, tapi, menurut dari perkongsian saudara Azizul Azli Ahmad ini, perkara sebegitu ada betulnya juga.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
ROMPAK DUIT HANTARAN LELAKI

Duit hantaran tidak sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan perkahwinan pihak perempuan. Bapa pihak perempuan sepatutnya keluarkan belanja sebagai tanda syukur ada anaknya telah dilamar dan diterima.
Kenduri itu bukannya yang ada 18 khemah, memadai ikut sunnah dengan jemput jiran tetangga, jemaah surau dan saudara terdekat kita. Kuncinya sederhana.
Wang hantaran dengan rakusnya digunakan untuk belanja pelamin, pakaian pengantin, khemah dan goodies, kad kahwin, makanan dan belanja fotografi.
Jika bapa kita memang tak mampu, bolehlah gunakan duit ini sebahagiannya untuk belanja. Tetapi tetap sederhana, bukan habiskan semua.
Saya pernah jumpa bapak mertua yang pulangkan kembali wang yang diterima sebagai hadiah untuk mulakan hidup berkeluarga. Pengantin lelaki rasa hiba dan malu nak terima.
Rasa hormatnya pada bapa mertua jadi sangat luarbiasa dan sayang isterinya pasti berganda ganda.
Masyarakat Pantai Timur dah lama lakukan ini, kita saja yang rasa pelik dan nak habiskan duit hantaran lelaki.
Mereka himpun duit sampai nak keluar biji mata, kita bazirkan dengan kenduri mewah nak jaga tahta dengan jiran tetangga dalam sehari sahaja.
Lebih sedih bila tetamu bazirkan makanan hingga banyak sisa tak habis, sedangkan pengantin lelaki minum air kosong ditepi jalan itu dah biasa demi cintanya mereka.
Manfaatkan duit hantaran untuk beli rumah pertama, bukannya belanja kenduri kendara.
Saya tahu ramai yang tak suka, tapi ini hakikat yang kita perlu terima. Budaya kahwin yang membazirkan wang sahaja, kembali hidup beragama bukan berbudaya. 
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close