Ditegur Sergio Ramos Buatkan Faiz Subri Tergamam Tanpa Kata-Kata.. Lihat Komen Beliau !

loading...
Ditegur Sergio Ramos Buatkan Faiz Subri Tergamam Tanpa Kata-Kata.. Lihat Komen Beliau !

Antara detik yang sangat bermakna buat Faiz Subri adalah apabila dia menerima ucapan tahniah daripada pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo setelah Faiz menerima trofi anugerah Puskas 2016.

Paling menarik apabila impian dan harapan Faiz untuk bergambar bersama bintang pujaannya tercapai semasa majlis Anugerah Bolasepak FIFA 2016 tersebut.

Rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid, Sergio Ramos turut menegur Faiz dengan mengatakan gol itu adalah ajaib seperti yang dinyatakan Harian Metro di laman twitter.

Menurut Faiz seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, "Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan kata tahniah kepada saya. Saya juga sempat mengambil gambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi," ketika ditemui di Arena Metro selepas selesai majlis anugerah itu yang telah berlangsung di TPC Switzerland AG.

Faiz, pemain berasal dari Ayer Hitam, Kedah melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemain Asia pertama meraih anugerah jaringan tercantik Puskas sejak diperkenalkan pada 2009.

Faiz Subri mendapat undian sebanyak 59.46 peratus bagi gol sepakan percuma ke atas Pahang ketika aksi Liga Super pada 16 Februari tahun lalu, dia menewaskan pencabar dari Brazil Marlone (22.86) dan Daniuska Rodriguez dari Venezuela (10.01).
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close