8 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI MIA AHMAD

loading...
8 GAMBAR - SEKITAR MALAM BERINAI MIA AHMAD

Sebelum mendirinya rumah tangga dengan penjaga gol pasukan JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan hari ini (13 Januari), pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 29, telah mengadakan malam berinainya semalam.
Difahamkan, majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di Taiping Sentosa Villa, Taiping, Perak pada jam 9.30 pagi dan majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya Taiping Gold and Country Club, Taiping pada sebelah malam.
Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan. Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini iaitu pada 2 Disember lalu, Mia dan Izham telah mengadakan sidang media mengumumkan mengenai majlis perkahwinan mereka.
Menceritakan detik-detik perkenalan, semuanya bermula di Twitter iaitu Izham sendiri telah tweet kepada Mia terlebih dahulu.
Izham juga mengakui sebagai lelaki dia yang cuba mendekati Mia kerana minat dengan cara dan perwatakan Mia ketika berlakon. Sementara Mia pula, jatuh cinta kerana kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemain bola tersebut yang tidak putus asa mendekatinya.
Semoga majlis pernikahan Mia dan Izham berjalan lancar.

Sumber: Media Hiburan
Foto: Mia Ahmad IG & @project2pi
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close