FAM Cadang Perkenalkan Anugerah Gol Paling Cantik Liga Malaysia

loading...
FAM Cadang Perkenalkan Anugerah Gol Paling Cantik Liga Malaysia

SEPANG: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia menimbangkan cadangan bagi mewujudkan anugerah baru untuk gol tercantik bagi Liga Malaysia pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan bagi masa akan datang.
Timbalan Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hmzah berkata, kaedah itu bakal menambahkan lagi kerancakan Liga Malaysia selain memberi semangat kepada semua pemain mencipta jaringan ajaib seperti mana yang dibuat oleh Faiz Subri.
Katanya, ia juga boleh memudahkan FAM memilih jaringan terbaik untuk dihantar ke pencalonan Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
"Sekarang ini kita sudah mempunyai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan dan mungkin kita boleh menambah kategori bagi jaringan tercantik Liga M.
"Mungkin akan muncul lagi jaringan ajaib seperti yang dilakukan Faiz dan pemenang anugerah itu boleh kita angkat untuk dicalonkan dalam Anugerah Puskas untuk masa akan datang," katanya sebagaimana lapor Berita Harian.
Jaringan ajaib Faiz Subri yang memenangi anugerah Puskas baru-baru ini bukan sahaja membawa namanya setanding dengan pemain-pemain terbaik dunia, malah turut mengharumkan nama Malaysia.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close