20 GAMBAR - MIA AHMAD KINI SAH ISTERI PENJAGA GOL JDT

loading...
20 GAMBAR - MIA AHMAD KINI SAH ISTERI PENJAGA GOL JDT
Tahniah diucapkan buat pelakon Mia Ahmad atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi yang telah selamat bergelar isteri kepada penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan dengan sekali lafaz sekitar jam 10.19 pagi tadi.
Pasangan terbabit dinikahkan oleh Naib Kadi Masjid Nurul Islam, Aulong, Taiping, Ustaz Abdul Rashid Azidin dengan disaksikan oleh ahli keluarga terdekat dalam majlis yang berlangsung di Taiping Sentosa Villa, Perak.
Mereka disatukan sebagai suami isteri di hadapan kira-kira 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat kedua-dua pihak, selain kenalan rapat.
Klik untuk gambar besar
Pada majlis itu, Mia yang juta duta portal Tonton menerima mas kahwin RM2,000 selain menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Bagi majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya Taiping Gold and Country Club, Taiping pada sebelah malam.
Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan. Satu majlis resepsi untuk keluarga terdekat dan rakan-rakan akan diadakan di Kuala Lumpur pada hujung Januari.

Sumber: Hlive & Berita Harian
Foto: Hlive, Mia Ahmad IG, @project2pi, #izhamia, @tontonMY & zul_syafiq90
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close