FAYE KUSAIRI RANCANG NIKAHI AZMI HATTA LEPAS AIDILFITRI

loading...
FAYE KUSAIRI RANCANG NIKAHI AZMI HATTA LEPAS AIDILFITRI

Baru-baru ini, ada khabar angin yang mengatakan pelakon Faye Kusairi dan pengarah Azmi Hatta akan bernikah dalam masa terdekat iaitu bulan Februari ini, namun perkara tersebut dinafikan oleh Faye.
Ini kerana akui pemilik nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, bahawa dia sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan kekasihnya itu selepas Hari Raya Aidilfiri depan.
"Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran.
Klik untuk gambar besar
"Susah nak cari masa saya dan dia (Azmi) yang betul-betul sesuai. Daripada segi persiapan pun kami tak buat apa-apa lagi kerana hari-hari sibuk buat persiapan penggambaran," ujar Faye ketika ditemui media pada Rabu lalu dalam majlis sidang media 'Tujuh Hari Mencintaiku'.
Terdahulu kisah kontroversi antara Faye dan penyanyi dan pelakon Elly Mazlein mendapat liputan meluas media sehingga pelakon ini dikecam dengan pelbagai tuduhan netizen yang menganggap Faye menjadi orang ketiga punca perceraian Elly dan Azmi.
Dalam pada itu, ditanya adakah dia menunggu kontroversi yang menimpa dirinya reda terlebih dahulu, Faye berkata, dia tidak memikirkan tentang perkara berkenaan.
"Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira," jelasnya.
Sementara itu, aktres ini mengakui rakan-rakan pelakon dalam drama 'Tujuh Hari Mencintaiku' banyak memberi sokongan dan memahami situasinya yang sedang dihimpit kontroversi ketika penggambaran dijalankan.
Katanya, dia bersyukur perkara tersebut tidak menjejaskan fokusnya terhadap lakonan dalam drama berkenaan.
"Sepanjang penggambaran drama itu saya dihimpit kontroversi dan keadaan kesihatan saya juga tidak baik. Namun saya bersyukur apabila semua pelakon menganggap tiada apa-apa berlaku. Ia membuatkan saya bersemangat untuk meneruskan penggambaran drama dan beri lakonan yang berkesan," katanya.

Sumber: mStar
Foto: Faye Kusairi IG
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close