PERODUA NAFI Buat Kempen Bagi 15 Myvi Percuma

loading...
PERODUA NAFI Buat Kempen Bagi 15 Myvi Percuma

Foto: BH Online


KUALA LUMPUR, 12 Jan: PERODUA hari ini menafikan ia ada menjalankan kempen memberi 15 kereta Perodua Myvi baharu secara percuma sepertimana yang tercatat di akaun Facebook 'Perodua Malaysia Company'.
Menurut Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Datuk Zahari Husin, PERODUA langsung tidak mempunyai kaitan dengan akaun Facebook tersebut.
"Catatan itu dibuat oleh pemilik akaun berkenaan dan kami menasihati orang ramai supaya hanya merujuk kepada saluran rasmi kami untuk sebarang kempen dan promosi," katanya sebagaimana lapor Bernama.
Laman Facebook rasmi bagi PERODUA di Facebook adalah MYPerodua manakala akaun Instagram rasmi pihaknya adalah MYPerodua_instagram.
Selain itu laman web rasmi syarikat itu adalah di www.perodua.com.my dan laman web khusus untuk pelanggan yang setia (www.ufirst.com.my).
Sebelum ini, kempen palsu tersebut mengeluarkan satu posting yang berkata kononnya PERODUA mahu memberikan 15 Perodua Myvi kepada pembaca bertuah dengan syarat berkongsi posting terbabit.
Posting kempen palsu itu menjadi tular di media sosial sehingga dikongsi lebih 26 ribu kali.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close