loading...
Berada di mana-mana sahaja, kita sudah pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, juga masalah yang tidak dijangka. Jika ianya berlaku tanpa kita sedar, atau pertama kali melaluinya, pengalaman tersebut boleh dijadikan sebagai pengajaran, juga panduan supaya dapat mengelakkannya dari berlaku kembali.
Travel tak selalunya indah, biar aku nampak bodoh asalkan orang lain tak terkena macam mana aku dan kawan-kawan lain.
Waktu itu kami beli general sleeper seat sahaja (kuota local).
Masa itu baru terfikir kenapa diorang separate kan semua mangsa-mangsa yang datang ke pejabat tourism board itu.
Namun begitu, kita banyak mendengar akan scammer yang wujud di negara luar, khususnya di tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong. Sebolehnya, kita cuba untuk mengelak dari menjadi mangsa mereka, dengan mencari perkongsian, juga maklumat dari laman web, atau individu.
Kisah di sebalik kegembiraan percutian saudari Suri Shariff ke India, sebenarnya mempunyai cerita yang memberi kekecewaan buat dirinya, bila mana dia dan rakan-rakannya telah ditipu ketika ingin menaiki kereta api di Delhi.
Mari kita ikuti perkongsiannya.
Scam oleh 'syarikat' kononnya Tourism Board India di Delhi Railway StationTravel tak selalunya indah, biar aku nampak bodoh asalkan orang lain tak terkena macam mana aku dan kawan-kawan lain.
Betulkan niat, insyaAllah nanti Allah gantikan dengan yang lain.
Ini cerita sewaktu kami hendak menaiki train dari Delhi-Agra. Tiket kami dah siap beli dari Malaysia dan waktu itu kami sampai di train station pada waktu yang betul dan landasan yang betul.
Sedang kami terkial-kial tengok nombor gerabak di kertas tiket, datang seorang lelaki India dengan tangan patah berbalut kononya nak tolong tengok tiket kami. Nak bantu bagi tahu kami harus naik di gerabak mana.
Waktu itu kami beli general sleeper seat sahaja (kuota local).
Dengan yakin lelaki ni cakap kami tak boleh guna tiket kuota local dan akan di saman. Dan dia cakap kami harus menukar tiket train untuk kuota pelancong. Dia suruh kami pergi ke kaunter tiket dan dapatkan tiket baru.
Dengan rela hati dia pon tolong kami ke kaunter, tapi dah nama India, orang ramai tak ingat dunia.
Sedang kami berada dalam barisan panjang, datang seorang lelaki India berpakaian kemas dari tepi kaunter tiket. Lagak seperti salah seorang staff di situ.
Dia datang ke arah kami dan melihat tiket kami dan bagi tahu kami kena dapatkan tiket baru di India Tourism Board dan dia siap tawarkan kan harga taxi untuk ke sana.
Sampai di Office India Tourism Board, kami di sambut oleh 2 orang staff dengan lakonan buka komputer dan check available ticket untuk ke Agra. tapi tak ada lagi kouta untuk hari itu.
So dia terus approach untuk bantu kami. Recommend driver yang konon-konon dari India Tourism Board sendiri dengan harga Rs20,000.
Setelah kami berbincang, kami tak setuju dan decide untuk balik semula ke hotel dan lupakan niat untuk ke Agra dan Taj Mahal. Tiba-tiba bila kami nak balik dia bagi kami discount harga Rs10,000 atas alasan salah seorang dari kami adalah student dan dia pejam mata bagi kami student rate. Harga itu adalah untuk perjalanan pergi dan balik dari Delhi-Agra berserta tour di Agra.
Di sebabkan kami dah tak ada mood, kami setuju je. Tapi apa yang kami nampak waktu tu, bukan kami sahaja yang ada. ramai traveler muda yang datang dari negara lain.
Hati kami terdetik, oh bukan kita je yang tak lepas ramai lagi yang senasib.
Kami hanya terfikir yang ini adalah scam bila kami berada di dalam kereta sewaktu perjalanan ke Agra.
Masa itu baru terfikir yang semua ni rancangan yang diorang dah susun dari train station lagi.
Masa itu baru terfikir kenapa diorang separate kan semua mangsa-mangsa yang datang ke pejabat tourism board itu.
Nasi dah jadi bubur, apa nak buat. Kami teruskan sahaja lah perjalanan kami ke Agra.
Saya tak kisah kalau orang nak menilai saya bodoh atau apa sekali pun. Saya anggap Allah pilih saya untuk di uji supaya saya dapat menulis tentang perkara ini dan sampaikan kepada anda semua. Supaya anda semua tidak menjadi mangsa penipuan di sana. Mungkin ini sahaja sumbangan yang mampu saya bagi. Soal kerugian dan rezeki, nanti mesti Allah akan gantikan dengan yang lain.
Jadi sentiasa berhati-hati sewaktu di India, sebab scam diorang ni dah tahap professional dan sangat pandai berlakon macam dalam filem hindustan juga. Jangan sangka anda sudah selalu travel anda akan terlepas untuk di tipu.
Sebaiknya beli tiket kuota pelancong (online). Kalau beli tiket kuota general sekalipun, kena firm dan naik sahaja train. Kalau kena saman pon bayar sahaja di dalam train.
Sebenarnya tak ada masalah untuk gunakan tiket kuota general yang di beli secara online. Cuma scammer sahaja yang menggunakan alasan ini untuk tujuan mencari duit extra dengan memperdaya pelancong supaya mengambil package mereka yang sememangnya berkali ganda mahal.
loading...