Cicit James Brooke Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Adenan Satem

loading...
Cicit James Brooke Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Adenan Satem

Foto: Info Sarawak

Kuching, 12 Jan - Cicit kepada James Brooke, Jason Desmond Anthony Brooke turut sama hadir pada Majlis Penghormatan Terakhir Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Petra Jaya, Kuching pagi tadi.
Kehadiran cicit kepada Rajah Putih itu dikhabarkan oleh laman Facebook Info Sarawak petang tadi.
Sementara itu, Jason menerusi laman Facebooknya pagi tadi mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham Adenan Satem.
"Mengingati Allahyarham Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem. 

Dikenali dengan nama Tok Nan, dia adalah seorang pemimpin yang meberi inspirasi kepada ramai, dan impaknya kepada masyarakat adalah kuat biarpun dalam masa yang singkat.

"Saya sangat bersyukur kerana sokongan yang dia berikan untuk memelihara warisan Sarawak - dia juga terkenal sebagai seorang ahli sejarah amatur dan peminat bagi sektor muzium, dan saya pernah menyaksikan sokongan padunya untuk projek-projek yang melibatkan rakyat Sarawak dan warisan mereka yang menakjubkan.

Al-Fatihah.

Takziah diucapkan kepada Puan Sri Jamilah dan keluarga serta rakan Allahyarham Ketua Menteri Sarawak." tulis beliau panjang.
Dinasti Brook atau Raja Putih ialah sebuah dinasti pemerintahan sebuah keluarga orang putih di Sarawak iaitu keluarga Brooke. Raja Putih juga dikenali sebagai Rajah Sarawak atau Rajah Putih. Penggunaan kata Rajah adalah untuk membezakan gelaran keluarga diraja dengan keluarga Brooke.
Sarawak ialah sebuah jajahan milik Kesultanan Brunei sehinggalah James Brooke (Raja Putih pertama Sarawak) mendapat tanah dan lama kelamaan Sarawak menjadi semakin besar.
Selepas Perang Dunia II, Raja Putih Sarawak yang terakhir menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close