loading...
Di kala rakyat Malaysia sedang meraikan kejayaan Faiz Subri di Anugerah Puskas 2016, terdapat segelintir netizen mempertikai ucapannya dalam bahasa inggeris dan bukan bahasa melayu, Untuk makluman, Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan penggunaan bahasa....oww patut pun
Pertikai Ucapan Dalam Bahasa Inggeris..Ini Senarai Bahasa Yang FIFA Benarkan Ramai Tak Tahu !!! -
Pertikai Ucapan Dalam Bahasa Inggeris..Ini Senarai Bahasa Yang FIFA Benarkan Ramai Tak Tahu !!! -
Pertikai Ucapan Dalam Bahasa Inggeris..Ini Senarai Bahasa Yang FIFA Benarkan Ramai Tak Tahu !!! |DI kala rakyat Malaysia sedang meraikan kejayaan Faiz Subri di Anugerah Puskas 2016, terdapat segelintir netizen di laman sosial yang memandang sinis kejayaan tersebut.
Malah ada yang mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris oleh Faiz ketika memberi ucapan kemenangannya. Mereka menganggap Faiz perlu bertutur dalam bahasa Malaysia demi mengekalkan jati diri anak Melayu.
Untuk makluman, Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hanya membenarkan penggunaan bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol dan German di atas pentas anugerah tersebut.
Walaupun ada netizen yang mengkritik, namun masih ramai yang menyokong dan berbangga dengan pemain Pulau Pinang ini.
Ekoran kejayaan Faiz Subri di Anugerah Puskas, beberapa hashtag berkaitan seperti #PuskasAward dan #FaizSubri menjadi trending di laman sosial Twitter.
Meskipun kata-kata semangat diucapkan oleh netizen, ada juga ‘terselit’ sindiran terhadap atlet bola sepak tanah air.
Menteri dan selebriti juga tidak terkecuali berkongsi rasa bangga mereka buat Faiz kerana mengharumkan nama negara.
Berdasarkan undian yang dibuat sebuah media di United Kingdom, Faiz juga meraih undi yang tertinggi.
loading...