Bunyi Tangisan Kuat Bawa Penemuan Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah

loading...
Bunyi Tangisan Kuat Bawa Penemuan Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah


TAMPIN: Bunyi suara seorang kanak-kanak menangis dengan kuat dari sebuah rumah papan di Kampung Parit Buloh, di sini, telah terungkai apabila seorang kanak-kanak berumur tiga tahun telah berjaya ditemui dikurung dalam rumah berkenaan seorang diri, lapor Sinar Harian.
Dia ditemui dalam sebuah bilik dalam yang amat kotor tanpa sebarang pakaian bersendirian di dalam rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Hamazah Ab Razak berkata, kira-kira jam 12.45 tengah malam, polis menerima aduan daripada penduduk yang terdengar kanak-kanak menangis di dalam rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.
Selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung, pihak polis segera ke lokasi dimaksudkan mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang tinggal bersendirian.
“Mangsa telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Tampin dan diberikan makanan serta minuman oleh anggota balai Air Kuning Selatan."

"Berdasarkan siasatan ibu mangsa telah meninggalkan anak bongsunya itu secara bersendirian sejak jam 6 petang lagi."
“Siasatan awal mendapati ibu mangsa berusia 29 tahun menyembunyikan kelahiran anak bongsunya itu daripada orang ramai termasuklah keluarganya sendiri.  Bahkan, suami keduanya juga tidak mengetahui itu adalah anak wanita berusia 29 tahun berkenaan kerana, si isteri menyatakan menjaga anak kawannya,” katanya.
Dalam kejadian itu, Hamazah memaklumkan yang ibu kanak-kanak berkenaan telah meninggalkan anaknya seorang diri dan hanya membawa pulang dua anak lelakinya hasil perkahwinan pertama ke kampung yang terletak di Jelai kerana ahli keluarga tidak mengetahui kewujudan anak bongsunya itu.
Menurutnya, wanita berkenaan pulang ke kampung bagi menjaga ibunya yang sakit, selain menguruskan ibu tirinya yang baru sahaja terbabit kemalangan.

“Tiada kecederaan luaran pada kanak-kanak berkenaan. Bagaimanapun, kita memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali.

“Sikap suspek dipuji atas komitmen menjaga ibu-ibunya yang sakit, namun undang-undang harus dipatuhi,'' Tegas beliau.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 22 Akta Kanak-kanak. Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut. - Siakapkeli.my
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close