loading...
Saya berniaga restoran di Jalan Rasah, Restoran Waqiah. Bulan lepas, ada seorang pelanggan, dah lanjut usia 60’an. Selepas makan, dia berborak dengan saya. Bukan kenal sangat dengan dia. Rupanya dia nak mencurahkan ilmu pada saya. Ilmu keberkatan.
Ayahnya sudah lama meninggal dunia kerana kanser paru-paru akibat kuat merokok. Dia ada enam orang anak dan tiga adik beradik. Arwah ibunya tinggal bersama dengan adiknya.
Kereta dia dulu, Toyota Corolla. Bila balik kampung, memang macam sardin. Dia perhatikan adik-adiknya, bila melancong tak pernah bawa ibu mereka bersama. Ibu memang ditinggalkan di rumah. Tiada sesiapa yang bawa.
Jadi, pakcik ini berkata pada isterinya, “Ini tak boleh jadi. Adik abang kan diajar cara hikmah. Nak tegur, marah. Semua dah besar,”.
Dia terus trade Toyota Corolla untuk mendapatkan van Mazda E1400.
Selepas servis kali pertama, dia inform pada adik-adiknya yang dia ambil cuti seminggu dan nak bawa ibu berjalan. Dia pesan pada adik-adiknya, tolong jagakan rumah dia dan juga rumah ibu.
Dia bawa ibunya bersama keluarga ke Terengganu, Kelantan dan Langkawi selama seminggu. Dia cerita, muka ibunya berseri sepanjang percutian. Suka dia tengok muka ibunya. Bila balik Seremban, ibunya seronok bercerita pada anak-anaknya yang lain.
Dua bulan selepas itu, ibunya dipanggil ilahi untuk selama-lamanya. Al-fatihah.
Pakcik itu cerita pada saya, bawa ibu dan ayah pergi bercuti. Mungkin mereka tidak berduit, keadaan fizikal dah kurang, kerap ke bilik air, mata pun dah kabur. Tetapi ingatlah, keberkatan ada bersama doa ibu bapa. Bersabarlah dengan karenah mereka.
Tak sampai setahun, Kerajaan Negeri Sembilan nak buat jalan besar di ampangan dan rumah ibunya diambil dengan pampasan RM1 juta. Dia ambil duit itu dan beli rumah banglo di Seremban 2.
“Dulu ibu bawa kita dalam perut dia selama 9 bulan. Selepas itu, ayah dukung kita selama dua tahun ketika kita masih tidak mahir berjalan lagi. Sampai umur 20 tahun, ibu bapa kita bawa kita berjalan. Bila kita dah bekerja, dah bekeluarga, jangan pula kita lupakan orang tua kita itu,” pesannya sebelum pergi meninggalkan saya. – Farah Zaharah
loading...