loading...
Majlis sambutan hari lahir yang ke-18 anak kedua Rozita Che Wan, Aniq Ezzra telah diadakan pada Sabtu lalu (10 Disember) dengan meriahnya di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
Dalam majlis itu, mereka sekeluarga kelihatan segak dan cantik sedondon menggayakan busana berwarna coklat.
Umum mengetahui Che Ta sememangnya sering memberikan hadiah mewah kepada anaknya didalam apa saja majlis yang diraikan, bagaimanapun kali ini Che Ta tidak mendedahkan hadiah yang diberikan sempena hari jadi Aniq.
Rata-rata peminat memang teruja melihat gelagat Che Ta sekeluarga yang terkenal dengan penampilan yang gah, di samping majlis yang dilangsungkannya.
Apa lagi dengan kehadiran Aaisyah Dhia Rana yang comel memakai gaun berwarna coklat, sedondon dengan beg tangan yang digemarinya serta telatah beliau yang sentiasa mencuit hati orang ramai melihatnya.
loading...