loading...
Melakukan kerja rumah bukanlah satu tugasan yang asing lagi, ia adalah satu kemestian yang harus dilakukan, tidak kiralah anda seorang anak bujang, mahu pun yang telah berumah tangga. Hendak atau tidak, tugasan sebegini harus dilakukan, bukan sahaja untuk menjadikan diri lebih berdisiplin, tetapi juga lebih bertanggung jawab.
Dalam banyak perkara, berkaitan dengan pengurusan aktiviti harian di rumah, mungkin terdapat satu tugasan atau rutin harian yang kurang digemari oleh kebanyakan dari kita, tidak kira lelaki atau wanita, anak atau ayah, mahu pun suami atau isteri, ianya adalah melipat pakaian.
Walau rutin ini tidaklah sesukar mana, namun bila mana pakaian yang telah diangkat dari jemuran, dan dilonggokkan di satu tempat, proses untuk mula melipat pakaian, menjadi perlahan, dan tertangguh. Bagi menyelesaikan permasalahan ini, saudari Syikin Zahir kongsikan cara yang efisyen buat ibu di luar sana, bagaimana untuk memastikan proses melipat pakaian ini, boleh dilakukan dengan mudah, jom kita tengok caranya.
TIPS URUS KAIN BAJU MENIMBUN UNTUK MAK-MAK
So, seperti yang cikgu janjikan, cikgu nak share cara cikgu setelkan baju bajan anak-anak 4 orang tu.
Secara purata untuk seorang anak akan menyumbang minimum 3 pasang seorang, SEHARI. Baju tido, baju sekolah, baju lepas balik sekolah. Kita andaikan 12 pasang sehari.
Tapi kalau mak tangguh seminggu lipat kain. Haaa.. Kira.. Kira.. Kan bertimbun jadiknya.
Ni semua akan mengganggu mental dan emosi mak-mak kan? Nanti mulalah stress, nak marah, penat bertingkat-tingkat, sakit mata dan hati. Hi..hi..hi.. (mak-mak je memahami situasi gini)
Jom tengok nak kasi setel macam mana.
*jemput share sekira nya tips ni membantu mak-mak busy yang lain
Langkah 1✔ Sediakan bakul untuk setiap anak
✔ Tulis nama di bakul so anak tahu itu bakul siapa
✔ Jangan beli bakul besar, cari yg sederhana aja. Makin besar bakul, kecenderungan untuk "nanti la lipat" akan menggunung jua.. Kikiki
Kalau kita tak sempat nak lipat pon, lebih senang dan cepat kita nak buat carian baju untuk anak-anak.
Pinjam gambar Nur Wanny na, nampak tak beza dia. Gambar atas dan bawah sama ja. Kain baju yang belum dilipat. Bezanya yang atas ada 1 bakul macam-macam saiz baju. Yang bawah kita dah sort, tau dah baju sapa. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata mak-mak kan.
Percaya tak, Bagi setiap bakul tu, masa yang diambil untuk melipat tak sampai 10 minit pun. Kenapa?
✔ Secara psikologi, nampak sikit baju dalam tiap 1 bakul. Sejuk hati mak nak melipat. Permainan emosi kat situ.
✔ Pengkhususan: Pantas sebab senang nak cari pairing baju tu. Dah lipat boleh letak setempat sebab kita lipat baju orang yg sama. Ini semua menjimatkan MASA.
✔ Dan sekiranya kita perlu tinggalkan kerja melipat, kita tau berapa bakul yang belum dilipat. Daripada 4 bakul, tinggal 2. sekali lagi, PSIKOLOGI. Kita nampak jumlah baju nak dilipat makin kurang.
✔ MOTIVASI, YES. tinggal satu bakul je belum lipat, maka lebih semangat nak melipat, berbanding lipat satu bakul tinggi menimbun, mak stress nampak banyak nau nak lipat.
Mak-mak ni banyak bermain dengan mental dan emosi kan.
Last, cara kita susun baju dalam almari anak. Cara ni pon cikgu jumpa dalam FB. Lama dah. Bagus sangat. Dulu susun bertindih. Sekarang dah pandai susun gini, anak-anak pun senang nak pilih baju sendiri
Dan takda kes bila ada baju nak pakai, tau-tau dah tak muat. Lama sangat dalam almari dok lapis paling bawah
Yang ni je cikgu susun berlapis. Hero 3 orang tu banyak baju yg seragam, mana yang seragam je cikgu susun berlapis gini. Nak pakai seragam, tarik je. Takya bukak sampai 3 laci.
So itu aje tips yang cikgu nak kongsi memandangkan cikgu setel segala benda sorang diri, takda bibik, anak 4, keja opis hour.
Emosi pon tak terganggu. Kita jadi mak-mak yang sistematik aje. Esok p la beli bakul. Itupun kalau tips ni sesuai dengan puan-puan.
Terima kasih sudi baca sampai abis. Tips dari mak kepada mak
loading...