AS naikkan kadar faedah 25 mata asas

loading...
AS naikkan kadar faedah 25 mata asas

WASHINGTON: Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah sebanyak satu perempat mata semalam dan memberi isyarat tahap kenaikan kadar faedah yang lebih cepat pada 2017.
Langkah itu menjelang pentadbiran Donald Trump sebagai Presiden baru AS dengan janji-janji untuk menjana pertumbuhan melalui potongan cukai, perbelanjaan dan penyahkawalseliaan.
Kenaikan sebanyak 25 mata asas yang meningkatkan kadar faedah antara 0.50 dan 0.75 peratus itu sesuatu yang dijangka oleh pasaran kewangan berikutan rentetan laporan ekonomi yang secara umumnya kukuh.
"Memandangkan keadaan pasaran pekerja dan inflasi seperti yang dijangka, jawatankuasa memutuskan untuk menaikkan kadar faedah," kata jawatankuasa penetapan dasar bank pusat AS itu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat dua hari.
"Perolehan pekerjaan kukuh dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan kadar pengangguran telah menurun," kata Fed, menjelaskan bahawa langkah-langkah berasaskan mengurangkan kesan inflasi "dianggap" telah meningkat.
Apa yang lebih penting adalah unjuran terbaharu pembuat dasar Fed yang menunjukkan bahawa kenaikan kadar faedah sekali setahun sekarang akan meningkat tahun depan.
Dalam kempennya Trump yang merancang melakukan potongan cukai dan perbelanjaan ke atas infrastruktur, pembuat dasar Fed telah menukar unjuran mereka kepada pertumbuhan yang lebih cepat, pengangguran yang rendah dan inflasi hanya sedikit di bawah sasaran dua peratus oleh bank pusat AS itu. - REUTERS
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close