loading...
Selalu pasti kita terdengar kisah perokok dan yang menghidunya terdedah dengan bahaya asap rokok dan ada kajian yang menyatakan bahawa mereka yang menghidu lebih terdedah kepada bahaya.
Pelbagai kisah kita dengar tentang bahaya merokok ini, namun ia seolah-olah tidak diendahkan kerana mungkin ianya sah dalam undang-undang yang sedia ada.
Tahukah anda sebenarnya selain perokok aktif dan pasif sebenarnya ada lagi mereka yang terdedah kepada bahaya rokok iaitu perokok ketiga.
Siapakah golongan perokok ketiga? jom kita baca kupasan daripada Root of Science perokok ketiga ini.
PEROKOK AKTIF, PEROKOK PASIF, PEROKOK KETIGA – SEMUANYA SEDANG DIRACUNI !
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali terma berikut :
◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok
Ketiga” ?
Ini mungkin terma baru kepada kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
1) Apakah “Asap ketiga” ? Mengapakah ‘Asap ketiga’ sangat berbahaya?
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya.
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada perokok, malah kepada mereka yang tidak merokok. Selama ini, kita biasa mendengar tentang perokok aktif dan perokok pasif. Sebagai makluman semua, mari kita imbas kembali terma berikut :
◾Perokok aktif : Perokok yang menghisap rokok secara langsung.
◾Perokok pasif : Mereka yang menghidu asap rokok daripada rokok yang sedang menyala, DAN juga daripada asap yang dihembuskan oleh perokok aktif.
Bagaimana pula dengan “Third-hand smoker (THS)” atau “Perokok
Ketiga” ?
Ini mungkin terma baru kepada kebanyakkan kita.
Secara ringkas, perokok ketiga bermaksud individu yang menghisap ‘Asap ketiga’.
1) Apakah “Asap ketiga” ? Mengapakah ‘Asap ketiga’ sangat berbahaya?
‘Asap ketiga’ merujuk kepada sisa-sisa partikel daripada pembakaran rokok seperti tar, formaldehyde, ammonia, nikotin, karbon monoksida, arsenik dan sebagainya.
Nikotin merupakan partikel yang melekit dan mudah melekat pada langsir, sofa, karpet, dinding dan siling. Apabila bahan-bahan ini bertindak balas dengan udara atau bahan kimia lain yang terdapat dalam ruangan itu, ia boleh dibebaskan kembali ke persekitaran lalu disedut oleh individu yang berada di dalam ruang tersebut.
‘Asap ketiga’ juga boleh melekat pada rambut, pakaian dan kulit seseorang. Ia bukan hanya menyebabkan bau asap pada pakaian kita. Lebih berbahaya lagi, ia adalah sumber racun terhadap tubuh kita dan orang lain yang bakal kita temui.
‘Asap ketiga’ dapat melekat selama berhari-hari pada permukaan benda-benda tersebut, sungguhpun ruang tersebut telah dibersihkan atau dianginkan dengan membuka kipas atau jendela. Terdapat beberapa kajian mengenai berapa lamakah ‘asap ketiga’ berada dalam sesuatu ruang:
a) Walaupun setelah ENAM BULAN berhenti merokok, rumah para perokok tegar masih mempunyai partikel-partikel beracun daripada asap rokok.
b) ‘Asap ketiga’ masih terdapat pada rumah yang pernah didiami oleh perokok walaupun rumah tersebut telah dibiarkan kosong untuk DUA BULAN dan telah dibersihkan.
2) Perokok Pasif dan Perokok Ketiga menanggung bahaya yang lebih dahsyat berbanding Perokok Aktif kerana:
◽Mereka menyedut lebih banyak toksin dalam asap yang terbebas daripada pembakaran rokok. Di dalam kebanyakkan rokok, terdapat penapis yang menghalang perokok aktif daripada menyedut toksin tertentu.
◽Mereka menyedut asap sisa pembakaran hujung rokok yang mempunyai kandungan agen penyebab kanser (carcinogens) yang lebih tinggi.
◽Asap rokok yang dihembus oleh perokok aktif mempunyai partikel yang lebih halus daripada yang terkandung dalam asap rokok yang disedut oleh perokok aktif. Partikel halus ini lebih mudah diserap ke dalam paru-paru, permukaan kulit dan salur darah.
3) Risiko kepada kesihatan bagi Perokok Ketiga
adalah sama seperti perokok tegar. Risiko kesihatan ini diringkaskan dalam gambar “Tubuh seorang perokok”
Sesuatu yang ingin ditegaskan di sini ialah bahaya yang bakal dihadapi oleh KANAK-KANAK akibat menghidu ‘asap ketiga’ ini. Antara masalah kesihatan yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak adalah seperti : Penyakit paru-paru, jangkitan telinga, kematian mengejut pada bayi (SIDS), masalah pembelajaran , alahan dan kanser (leukimia, kanser kalenjar, kanser paru-paru)
4) Kanak-kanak kecil lebih berisiko untuk mendapat penyakit akibat ‘asap ketiga’ kerana:
◾Sistem pernafasan dan sistem imuniti mereka belum matang sepenuhnya.
◾Kanak-kanak kecil lebih berkemungkinan untuk menyedut, menelan dan menyerap melalui kulit sisa-sisa partikel beracun ini semasa mereka meniarap, merangkak atau memasukkan tangan ke dalam mulut.
◾ Mereka tidak dapat membuat pilihan atau menyuarakan keengganan mereka untuk tidak berada di kawasan yang tercemar dengan asap rokok atau menolak untuk berada dengan individu yang merokok / dicemari asap rokok. Lebih malang lagi jika individu yang merokok itu adalah ibu bapa atau penjaga mereka sendiri.
5) Di manakah kemungkinan berlakunya potensi untuk menjadi “Perokok Ketiga” ?
◾ Terdapat individu yang merokok dalam rumah yang kita diami atau di dalam kenderaan yang kita naiki.
◾ Bilik-bilik hotel yang kita duduki pernah dicemari dengan asap rokok daripada penghuni sebelum ini.
◾ Kenderaan-kenderaan awam / sewa yang telah dicemari dengan asap rokok.
◾Ruang-ruang awam yang tidak menyekat aktiviti merokok di kalangan pengunjungnya.
Kini, para barisan admin di RoS amat berharap anda semua telah menyedari tentang potensi untuk kita semua menjadi “Perokok Ketiga” dan kesan mudharat dari “Asap Ketiga” . Sama ada secara sedar atau tidak, KITA SEMUA TELAH DAN SEDANG DIRACUNI dengan asap rokok.
Antara langkah-langkah yang perlu diambil untuk memelihara diri anda dan keluarga daripada menjadi MANGSA sebagai Perokok Ketiga :
a) Tidak membenarkan sesiapa merokok di rumah / dalam kenderaan anda walaupun tingkap dibuka.
b) Memastikan sekolah dan pusat asuhan anak-anak adalah kawasan bebas dari asap rokok.
c) Hanya pergi ke restoran dan kawasan awam yang melarang merokok di tempat awam.
d) Mendidik anak-anak untuk menjauhkan diri daripada orang yang sedang merokok.
e) Menegur individu yang merokok di tempat awam / di kawasan larangan merokok dengan berhemah – Ini kerap berlaku di kedai-kedai makan / kenduri-kendara -- Lepas kenyang, terus menyalakan rokok tanpa mengambil kira kehadiran orang lain di sekeliling mereka :( .
Dan yang paling utama, jika anda seorang perokok, BERHENTILAH MEROKOK ! Demi kesihatan anda, demi kesihatan keluarga anda !
Ingatlah !!
Anda tetap MERACUNI keluarga anda walaupun :
▫Anda merokok di luar rumah atau jauh dari keluarga dan anak-anak anda.
▫Anda membuka tingkap kereta semasa merokok di dalam kereta.
▫Anda menghisap rokok yang paling mahal dengan filter yang paling canggih.
▫Anda menggunakan hand-sanitizer sebelum menyentuh anak-anak anda.
Kerana asap rokok masih boleh melekat pada perkakas rumah, dashboard, kusyen kenderaan, pakaian dan diri anda.
Sedarlah,
Keluarga anda perlukan anda !
Keluarga anda perlukan udara yang bebas dari diracuni oleh asap rokok !
Admin :🚭 Nigella sativa🚭
Rujukan:
1. Hang, B., Sarker, A. H., Havel, C., Saha, S., Hazra, T. K., Schick, S., ... & Sleiman, M. (2013). Thirdhand smoke causes DNA damage in human cells. Mutagenesis, 28(4), 381-391.
2. Matt, G. E., Quintana, P. J., Destaillats, H., Gundel, L. A., Sleiman, M., Singer, B. C., ... & Talbot, P. (2011). Thirdhand tobacco smoke: emerging evidence and arguments for a multidisciplinary research agenda. Environmental health perspectives, 119(9), 1218.
3. Matt, G. E., Quintana, P. J., Zakarian, J. M., Hoh, E., Hovell, M. F., Mahabee-Gittens, M., ... & Myers, M. G. (2016). When smokers quit: exposure to nicotine and carcinogens persists from thirdhand smoke pollution. Tobacco Control, tobaccocontrol-2016.
4. Matt, G. E., Quintana, P. J., Zakarian, J. M., Fortmann, A. L., Chatfield, D. A., Hoh, E., ... & Hovell, M. F. (2010). When smokers move out and non-smokers move in: residential thirdhand smoke pollution and exposure. Tobacco control, tc-2010.
5. Burton, A. (2011). Does the smoke ever really clear? Thirdhand smoke exposure raises new concerns. Environ Health Perspect, 119(2), A70-74.
6. Sleiman, M., Gundel, L. A., Pankow, J. F., Jacob, P., Singer, B. C., & Destaillats, H. (2010). Formation of carcinogens indoors by surface-mediated reactions of nicotine with nitrous acid, leading to potential thirdhand smoke hazards. Proceedings of the National Academy of Sciences, 107(15), 6576-6581.
loading...