loading...
Adakah anda sebagai pengguna lebuhraya PLUS tahu tentang hal ini?
Setiap Tiket/Kad Tol Lebuhraya yang kita gunakan di negara kita dilindungi Insurans
Sebagai contoh :
Ketika kita memandu dilebuhraya, berlaku kebocoran tayar atau kerosakan berpunca daripada terlanggar objek dilebuhraya berkenaan (paku, besi dll)...
kita boleh membuat tuntutan kepada Syarikat lebuhraya berkenaan.
Bagaimana caranya :
1. Ambil gambar kerosakan/tayar (tayar belum dibuka dari kenderaan dan objek(punca kerosakan).
2. Kemudian ambil gambar tanda kilometer laluan berkenaan yang terdapat di penghadang jalan/papan tanda.
3. Selepas itu barulah tukar tayar yang rosak kepada tayar gantian (spare tyre). Setelah itu...pergi ke kedai dan tukar tayar.
4. Jangan lupa resit dari kedai tayar berkenaan.
5. Bawa resit bukti pembayaran tol, gambar-gambar berkaitan serta objek (punca kerosakan) dan resit ke pejabat urusan lebuhraya berkenaan untuk tuntutan gantirugi mengikut nilai di dalam resit (claim).
loading...