Dua Hari Berenang Dan Merangkak Untuk Keluar Dari Alam Ghaib

loading...
Dua Hari Berenang Dan Merangkak Untuk Keluar Dari Alam Ghaib

Sedang menjala di sungai apabila terdengar suara lelaki meminta tolong dari arah pokok berkenaan
SEDANG ASYIK MENJALA UDANG TIBA ADA SUARA MEMINTA TOLONG,,INGATKAN MAINAN PERSAAN TAPI SEBENARNYA IA TELAH DI SEMBUANYIKAN PENGLIHAT OLEH RAJA  BUNIAN. TAK SANGKA DUA HARI BERENNG DAN MERANGKAK KELUR DARI ALAM GHAIB..NAMPAK KAWAN CARI TAPI MEREKA TIDAK NAMPAK SAYA
Dua Hari Berenang Dan Merangkak Untuk Keluar Dari Alam Ghaib - Semasa
“Dia mendakwa hanya hilang selama dua hari dan berusaha untuk keluar dari kawasan berkenaan dengan berenang dan merangkak.” 
Sejak kehilangannya dua minggu lalu, seorang pencari udang akhirnya ditemui seorang rakannya, Mohamad Hamdan Mohamad Daud, 38, kelmarin, berhampiran pokok rengas, 100 meter dari pondok yang menjadi tempat tinggalnya di tepi Sungai Terengganu dalam keadaan lemah.

Sumber foto: Harian Metro
Menurut Hamdan, dia sedang menjala di sungai apabila terdengar suara lelaki meminta tolong dari arah pokok berkenaan sebelum menemui rakannya, Muhammad Anuar Elias, 34, di situ.
“Pada mulanya, saya sangkakan hanya mainan perasaan, namun nekad pergi ke arah suara berkenaan sebelum terkejut melihat Anuar dalam keadaan lemah di kawasan semak di pokok berkenaan.
“Saya kemudian segera mengangkatnya dan membawanya ke pondok serta memandikannya sebelum menghantarnya ke rumah saudara-maranya di kampung berkenaan," katanya kepada Harian Metro.
Menceritakan kejadian, Anuar mendakwa berada di alam lain selepas terjatuh dalam lubang berhampiran pokok berkenaan. Menurutnya, dia berada di pulau berhampiran, kira-kira 100 meter dari darat.
“Selama dua hari saya berenang dan merangkak untuk keluar dari alam ghaib. Saya nampak kawan mencari saya dan memanggil mereka untuk minta tolong tetapi mereka tidak nampak dan mendengar panggilan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman mengesahkan mangsa ditemui dalam keadaan selamat malam kelmarin, di bawah sebatang pokok rengas berhampiran pondok tempat tinggalnya.
Mangsa yang cedera pada kaki dan tangan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.
Walaupun kehilangannya penuh misteri, rakan-rakan dan keluarga bersyukur Anuar ditemui dalam keadaan selamat.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close