3 Cara ini Dicipta Untuk Memudahkan Orang Zaman Moden Bayar Zakat

loading...
3 Cara ini Dicipta Untuk Memudahkan Orang Zaman Moden Bayar Zakat

foto dari kalkulatorzakat.com

Gaya hidup yang sibuk menjadi punca buat segelintir umat Islam tidak berjaya menyempurnakan rukun Islam mereka kerana tidak menunaikan zakat.
Namun, apa jua alasan yang ada, selagi seseorang itu cukup hukum untuk membayar zakat, ianya masih wajib.
Seiring dengan perkembangan teknologi moden dan gaya hidup kini (yang serba sibuk), pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (PPZ-MAIWP)  menyediakan pelbagai cara untuk memudahkan orang ramai membayar zakat.
Tiga cara terpantas yang boleh digunakan orang ramai untuk membayar zakat adalah:
- Pembayaran Melalui Portal Zakat.com.my
- Pembayaran Melalui Perbankan Online
- Pembayaran Melalui Kaunter Zakat Van Bergerak
1 - Portal Zakat.com.my
Portal Zakat.com.my adalah satu portal yang dibina oleh PPZ-MAIWP untuk menyediakan kemudahan kepada orang ramai mengakses informasi dan membuat pembayaran zakat.
Menggunakan portal tersebut, orang ramai boleh mengira dan membayar dan menyemak zakat mereka pada bila-bila masa sahaja.
2 - Perbankan Online
Pihak PPZ MAIWP juga turut menyediakan perkhidmatan pembayaran zakat menerusi perbankan online bagi mereka yang lebih selesa menyelesaikan zakat menerusi laman bank masing-masing.
1. Maybank
2. Bank Islam
3. AmBank Group
4. CIMB Bank Berhad
5. Public Bank
6. RHB Bank
7. OCBC Bank
8. HSBC Bank
9. Pos Online
10. Hong Leong Islamic Bank
11. iRakyat (Bank Rakyat)
12. Affin Islamic
13. Bank Muamalat
14. AgroBank
3 - Kaunter Zakat Van Bergerak
Selain dua cara yang tersebut seperti diatas, pihak PPZ MAIWP juga menyediakan kaunter zakat van bergerak, yang beroperasi dengan tagline 'Kami Bersedia ke Tempat Anda'.
Setakat ini, terdapat 7 lokasi tetap kaunter zakat van bergerak iaitu di Jalan Tungku Abdul Rahman, Jalan Dungun, CIMB Bank Setiawangsa, KWSP Wangsa Maju, Masjid As-Syakirin KLCC, Perbadanan Putrajaya dan Menara Binjai.


Van ini juga boleh ditempah untuk berada di syarikat-syarikat, badan kerajaan, majlis, program atau sebagainya dengan menghubungi talian 1 300 88 5757.
Ketiga-tiga kaedah pembayaran ini merupakan satu inisiatif dari pihak PPZ MAIWP bagi memudahkan umat Islam untuk menunaikan zakat seiring dengan gaya hidup moden dan perkembangan teknologi.
Sekiranya mempunyai kemusykilan mengenai zakat, boleh hubungi Talian Zakat di 1- 300 - 88 – 5757.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close