loading...
SBS secara rasminya mengumumkan bahawa akan menamatkan rancangan popular mereka, Running Man, pada February 2017.
Awal pagi ini, portal Koreaboo mendedahkan bahawa para pelakon rancangan itu telah berjumpa secara rahsia untuk berbincang meninggalkan rancangan popular itu bersama-sama. Perjumpaan ini dibuat selepas Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook dibuang dari rancangan tersebut tanpa sebarang notis.
Ura-ura mula tersebar bahawa Running Man akan ditamatkan disebabkan perkara tersebut. Malah beberapa media turut melaporkan bahawa SBS telah mengambil keputusan untuk menghentikan rancangan itu dengan episod terakhir pada minggu pertama Januari.
Bagaimanapun, seorang wakil SBS menafikan ura-ura terbabit.
Tidak lama selepas itu, SBS secara rasmi mengumumkan penutupan tersebut menerusi satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, Running Man tidak lagi akan disiarkan bermula Februari 2017. Musim kedua juga dibatalkan.
"Penerbit dan ahli Running Man telah berkumpul di Seoul hari ini untuk satu perjumpaan dan mengatasi salah faham antara mereka.
"Selepas perbincangan yang mendalam dari dua belah pihak, rancangan ini akan dihentikan pada hujung Februari 2017.
"Bagaimanapun, mereka membuat keputusan untuk tidak menghentikan rancangan itu dengan cara yang sedih. Disebabkan itu kesemua enam ahli, Yoo Jae Suk, Ji Suk Jin, Haha, Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo and Kim Jong Kook, akan terlibat sekali (dalam rancangan itu).”, kata kenyataan itu.
Sumber: Koreaboo
loading...