loading...
Pelakon Datuk Jalaluddin Hassan telah bercerita tentang isteri Datin Hashimah yang baru sahaja meninggal dunia kira-kira pukul 3 pagi Sabtu lalu.
Bagi Jalaluddin Hassan, Hashimah merupakan wanita terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.
Pelakon ini berkata, sepanjang hampir 40 tahun hidup sebagai pasanagan suami isteri, Allahyarham menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik selain tidak pernah bersangka buruk terhadapnya.
Datin Hashimah meninggal dunia apabila mengalami komplikasi selepas menjalani pembedahan saluran jantung di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ini komen Jalaluddin Hassan:
WANITA TERBAIK
"Dia adalah wanita dan isteri terbaik yang pernah hadir dalam hidup saya dan sukar sebenarnya saya menerima kehilangannya ini.
"Tetapi saya reda dengan ketentuan Allah tambahan pula sejak 40 tahun kami berkahwin, arwah sudah memberikan yang terbaik kepada saya dan keluarga.
"Tidak pernah sekali dia mengabaikan tanggungjawabnya malah dia sentiasa bersangka baik walaupun saya adakalanya memberinya cabaran,"
PEMBEDAHAN
"Semuanya berjalan dengan baik pada awalnya malah doktor memberitahu lima saluran jantung dapat dibuka dengan baik.
"Bagaimanapun dengan pelbagai komplikasi, jantung isteri saya lemah sebelum disahkan meninggal dunia,"
Jalaluddin berkata, dia berasa sayu namun tenang apabila melihat wajah isterinya dalam keadaan tersenyum dan seperti sedang tidur sebelum dikebumikan semalam.
Jenazah Allahyarham dikebumikan selepas solat Zohor pada Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat dekat sini.
Pasangan itu yang berkahwin pada 1976 mempunyai 8 orang anak dan 14 cucu.
loading...