loading...
Di era digital pada masa kini, sudah pasti ramai di antara kita yang menggunakan media sosial untuk berkongsi cerita, atau pun mencari maklumat terkini, juga mengenai isu semasa. Ianya tampak agak positif, jika kita menggunakan media sosial dengan cara yang baik.
Intro lebih kurang, profesor tu toleh ke komputer. Belum sempat cerita buka mulut, nampak akaun FB aku sudah terpapar di skrin. Ohoi!
Namun begitu, ada juga yang menggunakan media sosial sebagai salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan atau servis yang digunakan, dan yang lebih berani, akan melontarkan apa sahaja kata-kata, atau membuat komen mengenai sesuatu perkara secara terbuka.
Tetapi, apa pula kaitannya media sosial, khususnya Facebook dengan bakal majikan anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita baca perkongsian dari saudara Irwan Dahnil ini, mengenai situasi yang dihadapinya sewaktu sesi temuduga. Mungkin perkara sebegini, boleh juga berlaku pada anda kelak.
Tahun lepas ada sekali aku apply kerja part time kat Glasgow. Selang seminggu aku dapat email. Panggil interview.
Kelakar. Sudah tiada calon agaknya sampaikan aku yang tiada pengalaman pun dipanggil. Disenarai pendek kawan. Boleh tahan.
Hari interview aku pakai baju suit bertali leher. Hensem. Berdebar, masuk dengan yakin, salam dan dipersilakan duduk. Depan aku ada seorang profesor, seorang manager dan seorang specialist.
Intro lebih kurang, profesor tu toleh ke komputer. Belum sempat cerita buka mulut, nampak akaun FB aku sudah terpapar di skrin. Ohoi!
Rupanya blog aku pun dia sudah baca. Siap tekan butang translate. Rupanya profil aku sudah di skrin awal-awal. Paling tidak tahan, nama aku siap di Google lagi. Terasa 'ditelanjangkan'
Nasib baik aku tulis yang baik-baik. Aku tidak dapat job. Bukan rezeki tapi aku belajar pengalaman mahal hari itu.
1. Zaman sekarang akaun sosial media kau memang jadi rujukan pertama majikan. Biar apa pun tujuan kau pakai FB tapi itulah yang kau gambarkan pada semua orang. Kau pernah Google nama sendiri ?
2. Menggunakan nama sebenar dan foto asli sangat membantu meyakinkan majikan. Kalau kau letak foto profil gambar kucing dan nama bukan sebenar, apa kau nak jawab dengan majikan?
3. Kau tulis benda elok. Bukan meroyan, meraban atau merepek. Malu dengan majikan bila dia tengok kau beriya cerita tentang Buntat.
4. Apa yang kau share menggambarkan apa yang kau minat atau isu yang menarik bacaan. Risiko paling tinggi bila share cerita politik.
5. Kalau kau asek kempen jual tudung kat FB atau Insta. Majikan mana yang rasa beruntung kalau rasa bayar gaji untuk pekerja buat bisnes online. Masa opis pulak tu.
Aku percaya kau lebih baik dari itu.
Bila kita mahu berhubungan dengan orang, kita belajar hargai diri sendiri dulu. Orang akan pandang kita seperti apa yang kita gambarkan pada orang lain.
Zaman sekarang media sosial ini lebih telus. Sekali kita skrol wall orang kita boleh tahu apa jenis punya manusia. Mungkin tidak tepat, tapi biasanya andaian kita tidak meleset jauh.
Biar kita tidak sebaik mana, tapi kalau jahat pun jangan mendabik dada. Kalau bukan manusia menilai kita, Tuhan itu ada. Malaikat mencatat tanpa lupa.
Aku ingatkan je.
Catatan kembara
Irwan Dahnil
Sahabat baik anda
Glasgow, Sekutland
Irwan Dahnil
Sahabat baik anda
Glasgow, Sekutland
Nota : Catatan ini boleh di SHARE jika bermanfaat. Kalau bikin gaduh tak payah. Boleh saja follow FB Irwan Dahnil jika mahu.
loading...