loading...
#$KEGANASAN rejim tentera Israel terhadap penduduk awam Palestin semakin menjadi-jadi.
Terbaharu sebuah video yang memaparkan kekejaman askar Zionis yang menembak seorang wanita Palestin di stesen bas Alufa kini viral di laman sosial dan mendapat perhatian netizen seluruh dunia.
Mangsa, Isra’a Abed, berusia 28 tahun ditembak kerana dituduh konon telah cuba menikam salah seorang seorang anggota keselamatan Israel di kawasan terminal pengangkutan awam itu.
Walau bagaimanapun, menurut saksi dan orang ramai yang berada di situ, Isra’a Abed sebelum itu telah dipaksa oleh tentera Israel untuk membuka tudungnya.
Berdasarkan laporan media Barat, mangsa cuma mengalami kecederaan biasa namun ada segelintir daripada masyarakat Palestin di laman makro Twitter mendakwa wanita itu telah pun meninggal dunia.
Menerusi video tersebut, kedengaran tentera Israel di situ menjerit kepada wanita tersebut sebelum melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya dan menyebabkan mangsa terbaring di lokasi kejadian.
Sebelum ini, pernah seorang wanita Palestin yang dikatakan telah menjadi ancaman kepada ‘kekebalan’ barisan tentera Israel juga telah mati ditembak di sana.
loading...