"Ambillah Usus Abang Sikit Dik," Kata Abang 10 Tahun Kepada 2 Orang Adik kembarnya Hidap Sakit Usus Pendek Dan Bocor

loading...
"Ambillah Usus Abang Sikit Dik," Kata Abang 10 Tahun Kepada 2 Orang Adik kembarnya Hidap Sakit Usus Pendek Dan Bocor


Hati mana yang tak terasa apabila seorang abang berumur 10 tahun memberitahu adiknya yang ambil ususnya sedikit untuk merawat sakit adik kembarnya.
Menurut ibu, Nurhidayah Mukhtar, 36, anak lelakinya itu bersemangat untuk mendermakan sebahagian ususnya kepada adik-adik kembarnya Nurain Kaisah Khairina dan Nurain Raisah Khairani Masnorzan .

“Pilu hati ini apabila anak lelaki yang berusia 10 tahun bersemangat ingin mendermakan sebahagian ususnya kerana tidak sanggup lagi melihat adik kembar menderita penyakit usus sejak lahir,” katanya.
Anak kembar yang mberusia dua tahun ini menderita sindrom usus pendek dan bocor sejak lahir, di mana mereka tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman mereka sejak dilahirkan kerana perlu bergantung sepenuhnya kepada peralatan hospital.
"Jika diikutkan naluri keibuannya, mahu saja saya membawa mereka pulang, namun ia memerlukan wang yang banyak untuk mewujudkan persekitaran hospital di rumah."

“Bayi lain dapat merasa pulang ke rumah. Tapi, bukan anak saya. Malah sejak kembar dilahirkan pada 6 Januari 2015, kami sekeluarga sudah dua tahun berkampung di hospital atas belas ihsan pihak hospital yang memahami keadaan kami.

“Dunia si kembar saya kini hanyalah hospital. Laman permainan mereka adalah katil hospital. Jika mereka berasa sedikit kuat dan sihat, saya akan bawa mereka bersiar-siar di pekarangan hospital,” katanya, semalam.

Menurut beliau lagi, anaknya yang bernama Kaisah yang menderita sindrom usus pendek masih gagal memberikan tindak balas positif biarpun sudah menjalani beberapa sesi pembedahan sejak berusia dua hari.

“Selepas menjalani pembedahan, doktor mendapati usus Kaisah bengkak, pendek, tidak bersambung dan sebahagiannya berada di luar. Usus Kaisah sepatutnya sepanjang dua hingga ke tiga meter, namun sehingga kini hanya 28.5 sentimeter (cm).

“Doktor berusaha menyambung usus Kaisah namun ia tetap gagal berfungsi. Kemudian dia dibedah sekali lagi, diperiksa bahagian dalam usus, tetapi setelah tiga kali menjalani pembedahan besar, Kaisah tetap tidak dapat menjalani aktiviti harian seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Manakala Raisah pula sudah dua kali menjalani pembedahan dan masih berdepan masalah usus rosak, sempit dan bocor.
“Doktor memotong sedikit usus Raisah dan kemudian melakukan stoma (bukaan yang dilakukan melalui pembedahan pada usus untuk tujuan perkumbuhan), namun apabila stoma ditutup, Raisah menghadapi masalah pencernaan hingga ususnya tidak dapat menyerap zat makanan walaupun susu ibu.

“Paling menyedihkan Raisah akan membuang air besar 24 jam tanpa henti, mereka perlu bertahan dengan zat yang hanya diserap melalui mesin Total Parenteral Nutrisi (TPN) seumur hidup jika tidak tubuh mereka akan lemah sekiranya mesin penyalur zat itu ditanggalkan walau sehari," jelasnya lagi menceritakan penderitaan yang dihidapi oleh anak-anak kecil ini.
Nurhidayah dan suami yang merupakan guru terpaksa membuat kerja sambilan menjual ikan sardin kepada rakan sekerja, namun masih belum cukup untuk membawa pulang si kembar.
“Doktor ada memberi peruntukan awal iaitu sekurang-kurangnya RM50,000 untuk membeli tiga mesin khas termasuk peti ais khas bagi penyimpanan TPN, pendingin hawa, membina bilik khas yang mempunyai bilik air dan perabot khas bagi menyimpan ubat-ubatan dan alat pakai buang.

“Namun, daripada jumlah itu, saya hanya mampu menyimpan RM6,000. Itu belum termasuk perbelanjaan kembar yang melebihi RM1,000 setiap bulan bagi membeli susu formula dan keperluan lain,” katanya.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi akaun Maybank Nurhidayah Mukhtar iaitu 162348379719
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close