loading...
Pada tanggal 11 Januari 2015, merupakan ulangtahun perkahwinan yang kedua bagi pelakon Siti Elizad Sharifuddin, 33, dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman, 44.
Sempena ulangtahun perkahwinan tersebut, suaminya telah menghadiahkan sebuah jam tangan bernilai RM 10,000 buat Elizad yang menggangap hadiah ini sesuatu yang istimewa kerana beliau sememangnya menggemari barang itu.
"Tik tok tik tok! Another year to create precious memories together . Another year to discover new things to enjoy the journey . Another year to strengthen a marriage that defines forever," tulis Elizad di laman Instagramnya.
Kata Elizad, suaminya itu menghadiahkan hadiah jam sama seperti tahun lalu.
"Suami memang tahu saya suka jam tangan, jadi sempena ulangtahun kedua perkahwinan ini pun dia hadiahkan jam seperti tahun lalu.
"Berkenaan nilai jam tangan ini saya tak pernah nak ambil tahu pun, malah saya tak pernah meminta daripada suami. Saya percaya hadiah yang diberikan ikhlas daripada hatinya bersempena hari istimewa kami," katanya.
Pada masa sama, Elizad yang juga penyanyi lagu 'Haiyaya' terpaksa melupakan hasrat pergi bercuti di Maldives kerana terikat dengan penggambaran drama 80 episod berjudul Papa Ricky.
Ditanya mengenai cahaya mata pula, Elizad menafikan dakwaan mengatakan dia sengaja tidak mahu anak.
"Siapa kata saya tak nak anak? Saya pelik apabila timbul dakwaan itu terutama dalam kalangan pengguna laman sosial. Semua orang yang berkahwin pasti inginkan anak, begitu juga saya dan suami. Cuma dalam kes saya, belum ada rezeki lagi.
"Dalam soal ini saya dan suami sentiasa berusaha tapi ini adalah kuasa Allah. Lambat atau cepat saya reda. Apa yang penting jangan putus berdoa," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Sumber: Harian Metro
Foto: Elizad Sharifuddin IG
Foto: Elizad Sharifuddin IG
loading...