Akibat Terlalu Obses Nak Cantik, Makan Pelbagai Jenis Ubat Dan "Supplement", Gadis Muda Menderita Di ICU

loading...
Akibat Terlalu Obses Nak Cantik, Makan Pelbagai Jenis Ubat Dan "Supplement", Gadis Muda Menderita Di ICU


Ramai wanita diluar sana sanggup lakukan pelbagai cara untuk cantik, ada yang sanggup berhabisan duit, ada yang melakukan diet pemakanan dan ada yang makan pelbagai ubat kecantikan.
Dari segi menggunakan ubat kecantikan, ramai yang sebenarnya tidak waspada, ramai menjadi mangsa kerana tindak balas bahan kimia berbahaya yang ada dalam produk berkenaan yang akhirnya membawa padah kepada mereka sendiri.
Jadi, sebelum membeli sebarang jenis produk, periksa dahulu perkara-perkara penting seperti kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), bukan lihat sahaja, periksa dengan web KKM kerana takut ianya palsu.
Sebuah kisah yang diceritakan Dr Hana Hadzrami tentang kisah yang berlaku di hadapannya semasa bertugas cukup mengerikan, gadis masih muda terpaksa dikejarkan ke ICU gara-gara obese untuk cantik sampai beli pelbagai produk kecantikan.
Jom kita baca.
CANTIK

Pernahkah anda buka media sosial tanpa terserempak dengan iklan ubat kurus atau iklan pemutih kulit atau iklan ubat kuat/ ketat?

Tak pernah kan? Itu dah cukup untuk membayangkan betapa obsesnya rakyat kita dengan 3 perkara tadi. Semua nak putih, kurus, 'kuat'.

Beberapa tahun lalu ada seorang gadis muda dikejarkan ke hospital dengan kerana pengsan di rumah. Dia kemudiannya dimasukkan ke ICU kerana kegagalan hati dan kegagalan buah pinggang yang amat kritikal.

Pening kami mencari punca bagaimana orang muda yang sihat sebelum ini boleh jatuh sakit sebegini teruk. Sepsis bukan. Trauma pun bukan. Setelah kami tanya ahli keluarganya maka mereka pun berusaha mencari dan menyelongkar ubatan yang diambil oleh gadis tadi di rumah.

Mak aiii... Jangan kata kami terkejut, ahli keluarga dia itu pun terperanjat melihat longgokan ubatan dan suplemen yang diambil secara senyap-senyap oleh gadis tersebut.

Ada ubat kurus, ada minuman pemutih kulit, ada minuman awet muda stem cell, ada pil perapat, ada ubat pembesar payudara, ada pil penambah tenaga. Pendek kata semua ada. Pelik sungguh kerana gadis itu sememangnya dah cantik dan sempurna tubuh badannya. Entah apa yang dimahukan lagi.

Ahli keluarganya bertanya, ubat-ubatan ini semuanya ada nombor kelulusan KKM, takkanlah merbahaya. Lalu kami semak nombor pada semua ubatan tadi. Rupa-rupanya nombor yang tertera dibotol suplemen tadi bukanlah nombor kelulusan KKM, ia cuma nombor pendaftaran sebagai produk makanan saja. Bukan lulus sebagai ubat pun! Malah ada diantaranya menggunakan nombor pendaftaran palsu!

Akibat pengambilan suplemen tersebut, tubuh badannya telah bekerja keras menyahtoksikkan bahan-bahan tersebut sehinggalah organ hati dan buah pinggang menjadi rosak teruk.

Jika rosak buah pinggang, masih boleh dibantu dengan dialisis. Jika rosak hati, tak banyak bantuan yang boleh diberikan. Doktor hanya mampu merehatkan fungsi hati sambil berharap ada sebahagian sel yang akan sembuh sendiri. Selalunya apabila fungsi hati gagal sepenuhnya, bermakna tunggu masa saja untuk berangkat pergi.

Dan itulah yang terjadi pada si gadis tadi. Dia meninggal dunia setelah hampir seminggu bertarung nyawa di ICU.

Sehingga sekarang saya masih terfikir; gadis itu tiada cacat cela pada tubuh badannya. Yang cacat ialah fikirannya, hingga segalanya nampak tak sempurna dimatanya.

Hana Hadzrami

Dah tak lut kalau nak ambil suplemen cantik pun.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close