loading...
Banyak sungguh la fesyen yang pelik-pelik muncul kat Malaysia semenjak dua menjak ni.. Sakit mata dan sakit hati pulak Miss A dok perhatikan manusia-manusia yang ikut fesyen pelik-pelik ni..
Selalunya fesyen pelik-pelik ni mula dipakai oleh artis, lepas tu mula la menjadi trend dikalangan remaja-remaja yang bajet-bajet artis ni.. Dulu Rozita Che Wan dok pakai seluar jeans koyak kena ‘hencap’..
Kali ini, ikon fesyen terkenal Wak Doyok pun dah mula berjinak-jinak pakai seluar jeans koyak juga.. Dah macam pengemis jalanan pun ada juga dok pakai seluar koyak macam ni.. Dah tak mampu sangat ke nak beli seluar jeans yang elok, sampai kena pakai seluar jeans koyak ni?
Baru sahaja memuatnaik gambar mengenakan seluar jeans koyak di akaun Instagramnya.. Ruangan komen di gambar Wak penuh dengan komen-komen negatif dari netizen..
Sebagai seorang ikon fesyen penampilan diri dengan mengenakan seluar jeans koyak, memang menyakitkan mata peminat.. Netizen mengkritik Wak dah jatuh miskin sampai dah tak ada duit nak beli seluar jeans, sebab itu terpaksa pakai seluar jeans koyak.. Hahhahah....
Lepas ni u’olls nak buat bisnes, boleh la mulakan dengan recycle balik seluar jeans lama u’olls yang dah tak pakai sebab koyak tu dan jual dengan harga yang mahal.. Ramai nanti yang akan beli, ikon fesyen pun dah mula pakai.. Nanti ramai la anak didiknya yang mula nak mencari seluar macam Wak tu..
loading...