loading...
Tapi masih jugak berdegil.. Foto lima orang pelancong asing berbogel di puncak gunung tersebut menjadi viral selepas salah seorang dari mereka memuat naik ke laman sosial. Alasan yang dorang bagi kononnya masa tu dorang kencing.
Agak-agak la.. Nampak sangat dorang ni tak hormati kepercayaan masyarakat di situ. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood juga melahirkan kekesalan yang sama.
"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.’’ Katanya.
Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan penuh keatas kejadian tersebut.
"Siasatan juga menjerumus sama ada gambar itu sudah diubah suai (edit) atau sebaliknya," katanya. -
loading...