loading...
Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.
Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.
Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.
Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.
“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,’’ katanya.
Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.
“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,’’ katanya.
Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin
Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2015/08/ngerinya-kepala-bayi-terputus-dan.html#ixzz48MsfVNWY
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
loading...