PENGANTIN CANCEL JURUSOLEK SETELAH MENDAPAT TAHU JURUSOLEK TERSEBUT MENGIDAP "KANSER" TAHAP 3 !!

loading...
12670589_1039614562765360_2902631014304524210_n

Gambar daripada Facebook Iyda Yusof.
Sebak rasa bila baca status Facebook seorang jurusolek yang dikenali dengan nama Iyda Yusof ni. Beberapa orang pelanggan telah membatalkan tempahan mereka sebaik saja mengetahui yang dia menghidap kanser usus tahap tiga, tulis beliau di Facebooknya.

Screen Shot 2016-05-13 at 12.38.45 PM

Menurut ibu kepada dua anak ini, status yang dinaikkan di Facebooknya itu bukan untuk meraih simpati.
“Apa yang saya cuba sampaikan ialah saya beri jaminan bahawa walaupun saya sakit, tetapi saya tetap akan menepati janji dan jika tidak mampu, ramai lagi kawan saya yang boleh menggantikan saya,” katanya kepada Harian Metro.
Baru  mengetahui yang dia menghidap penyakit itu lima bulan yang lalu, namun demi anak-anak dia cuba bangkit daripada kesedihan, kuatkan semangat dan mencuba pelbagai altenatif  selain kimoterapi untuk merawat penyakit ini. 
“Ramai pelanggan sekarang sudah tahu yang saya sakit. Bagaimanapun, selagi saya mampu, saya akan usahakan untuk solek mereka walaupun sudah tiga orang pelanggan membatalkan tempahan.
“Saya juga bersyukur selepas perkara ini ‘viral’, lebih ramai pelanggan yang membuat tempahan termasuk mahu menyertai kelas solekan yang saya anjurkan.
“Jadi saya mahu mereka faham yang saya masih mampu bekerja, tidak perlu ada perbezaan untuk melayan saya. Paling penting, saya mesti bekerja kerana kalau tidak bekerja, siapa yang akan menampung perbelanjaan untuk rawatan saya nanti?” katanya.
Berikut merupakan status terbaru di Facebook beliau.

Screen Shot 2016-05-13 at 1.09.13 PM
Doa kami, semoga Iyda Yusof tabah mengharungi ujian Allah ini. Kuatkan semangat, jangan berputus asa dan jangan pernah berhenti berdoa. Ajal dan maut di tangan Allah
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close