loading...
Kesian dekat kanak-kanak lelaki yang baru berusia setahun ni, menangis teresak-esak sebelah neneknya yang pengsan selepas dorang terlibat dalam satu kemalangan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bahru, Kelantan, kelmarin.
Dekat 30 minit juga la kanak-kanak tu menangis. Katanya mangsa Faridah Hamid bersama cucunya, Mohd Ikram Safuan dalam perjalanan dari rumahnya ke kampung Kedai Buloh untuk hantar cucunya.
Malangnya motosikal yang dinaiki dorang dilanggar oleh sebuah kereta hingga mengakibatkan Faridah pengsan dan cedera ringan di kepala manakala cucunya cedera di kepala.
Anak Faridah, Nurul Shakila Mahilis, 13, berkata, dia mengetahui kejadian itu pada jam 5 petang selepas dimaklumkan abang ipar.
"Alhamdulillah ibu dan anak saya selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
"Mohd Ikram cedera di kepala dan bahu manakala ibu masih mendapatkan rawatan kecemasan," katanya ketika ditemui.
Menurutnya, dia pun tak tahu macam mana insiden itu berlaku tapi, ibunya dikatakan dalam perjalanan dari Tak Bai, Thailand ke rumahnya di Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan
loading...