loading...
Bila seorang bapa yang tergamak menjadikan anak kandung sendiri sebagai hamba seks, lelaki tu layak digelar bapak paling keji dan tak guna! Orang macam tu patut mati jer! Gelaran tu layak buat seorang perogol keji yang dikenali sebagai Ronald Van der Plaat, 82 dari New Zealand yang tergamak menjadikan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 23 tahun!
Ini bapa yang betul-betul tak guna! Tak dapat bayangkan bagaimana hidup anak perempuannya selama diseksa macam tu noh.. Ada bapak pun tak guna, tak boleh jadi tempat untuk pelindung.. Sebaliknya dia pulak menjahanamkan anak sendiri, huh! Selepas dipenjarakan selama 15 tahun sejak 2001, Ronald bakal dibebaskan dari penjara tak lama..
Maybe dalam minggu ni juga dia bakal dibebaskan.. Ronald dipenjarakan kerana melakukan penderaan seksual ke atas anaknya, Tanjas Darke dengan cara keji.., termasuk memasukkan kepala anaknya ke dalam kotak yang direka khas sebelum merogol Tanjas..
Dalam usia yang baru mencecah 12 tahun, Tanjas di sahkan mengandung dan turut mendapat penyakit jangkitan seksual selepas bertahun-tahun mengalami penderaan seks.. Hidup Tanjas mula gelap ketika dia berumur sembilan tahun selepas ibunya meninggalkan mereka, hingga umur dia mencecah 30-an..
Zaman kanak-kanak Tanjas hancur gara-gara bapa keji macam Ronald! Itu pun, pada mulanya polis sukar mempercayai dakwaan Tanjas sehinggalah dorang menemui gambar-gambar penderaan seks tu..
Itu sebab berita pembebasan Ronald mencetuskan kebimbangan orang ramai.. Dorang risau kalau Ronald akan mengulangi perbuatan terkutuknya tu lagi! Siapa yang tak risau kalau dengar berita pembebasan perogol, betul tak?? Kalau dia dah insaf, baguslah.. Tapi kalau tak insaf tu, memang akan mencetuskan kebimbangan lah!
Sebelum ni Ronald pernah dibebaskan pada 2010, tapi ditahan semula selepas dilihat memegang tangan seorang kanak-kanak di dalam sebuah muzium.. Bahaya betul jantan tua ni! Pembebasan kali ni, dia tak dibenarkan berhubung lagi dengan Tanjas dan akan dipakaikan gelang GPS..
Selain itu, dia juga tak boleh berhubung dengan mereka yang berusia bawah 16 tahun.. Difahamkan juga, Ronald bakal dihantar pulang ke rumahnya di Te Atatu, iaitu tempat di mana dia merogol Tanjas..
Nampak sangat jantan tu perogol berbahaya, betul tak?? Lepas ni kalau dia melakukan kesalahan yang sama lagi, penjara jer seumur hidup! Biar dia mereput dalam penjara tu!!
loading...