loading...
Seorang wanita Pakistan yang dikenali Sonia Bibi, 20 meninggal dunia selepas menerima azab dibakar kekasihnya, Latif Ahmed, 24 yang berang gara-gara lamarannya ditolak. Sebab tu aje orang boleh hilang akal sanggup melakukann kekejaman!
Disebabkan perbuatan gila kekasih Sonia tu yang bertindak menyimbah petrol menyebabkan Sonia melecur teruk. Kena api sikit pun dah melecur, apatah lagi disimbah pulak dengan petrol. Terasa bahang dibakar tu!
Pasukan perubatan sebelum ni pernah memaklumkan Sonia melecur 50 peratus mungkin pulih tetapi ada perubahan berlaku selepas seorang doktor di Hospital Nishtar Multan bagitau kecederaan Sonia dah dijangkiti kuman dan meninggal dunia.
Kejadian tu berlaku di perkampungan di daerah Multan di wilayah Punjab. Dilaporkan, polis dah tangkap lelaki kejam tu..
Difahamkan juga, di Pakistan ni dah ramai wanita kena bunuh setiap tahun. Puncanya adalah keganasan rumah tangga atau kerana mempertahankan maruah keluarga.
Kekejaman tanpa belas kasihan langsung! Bunuh orang dah menjadi sesuatu yang mudah bagi manusia yang kejam ni!
loading...