loading...
Artis tak akan dikenali kalau tak ada peminat setia yang sentiasa menyokong.. U’olls boleh tengok sendiri, artis-artis yang popular pun sebab melayan baik peminat-peminat mereka, sampai wujudkan fan club sendiri..
Kalau artis hebat macam mana sekalipun, kalau tak ada peminat tak ke mana juga.. Sebagai artis dorang memang perlu menghargai dan melayan baik peminat dorang.. Pernah dengar cerita artis tak mahu bergambar dengan peminat?
Memang selalu dok dengar, pelakon yang mula dikecam oleh netizen sebab tak mahu bergambar dengan peminat antaranya Zul Ariffin.. Disebabkan Zul dah menolak pemintaan seorang peminatnya untuk bergambar, populariti Zul dalam industri hiburan semakin slow..
Dengar kata, perkara yang hampir sama bakal berlaku pada penyanyi Adira.. Bukan apa, Miss A dapat tahu Adira dah mula buat perangai dengan peminat setianya bila diajak bergambar.. Adira menolak bergambar bersama peminat, sebab suaminya iaitu Datuk Seri Adnan ataupun dikenali sebagai Dato Red tak izinkan..
Dato Red dah menghalang Adira dari bergambar dengan peminatnya.. Sebab apa yang Dato Red nak menghalang Adira bergambar dengan peminat, Miss A tak tahu la.. Kalau tak suka orang bergambar dengan isteri, tak payah nak kahwin dengan artis..
Cari isteri kedua tu dari golongan orang biasa atau bukan public figure.. Bila dah kahwin dengan artis, peminat nak bergambar tak bagi pula.. Bawa Adira tu duduk dalam rumah jelah, kalau dah tak mahu orang kacau..
loading...