KETUA MAFIA "ITALI" DISEMBELIH DAN DIBERI MAKAN PADA "BABI" !!

loading...
Info Ngeri. Sebuah kumpulan mafia telah membunuh seorang ketua mafia lain dengan menjadikannya makanan kepada sekawan babi.

Domenico Bonnarigo
Domenico Bonnarigo.

Kes ini bermula apabila seorang ketua mafia bernama Fracesco Raccosta hilang pada Mac 2012. Misteri kehilangan Raccosta terbongkar setelah polis berjaya menangkap seorang pembunuhnya.

Pembunuh mengaku memukul Raccosta kemudian menjadikannya umpan babi. Raccosta mati dimakan babi hidup-hidup!

"Sangat menyenangkan mendengarnya berteriak penuh ketakutan. Saya rasa tidak ada bahagian tubuh yang tinggal. Babi telah memakan semuanya, " kata suspek yang tidak disebut namanya, yang dipetik akhbar Sky, Jumaat lalu.

Raccosta dibunuh sebagai balas dendam ke atas pembunuhan seorang lagi ketua mafia, Domenico Bonnarigo.

Mafia Itali memang kerap bersaing merebut pengaruh dengan membunuh ketua mafia dari saingan mereka.

Raccosta mahupun Bonnarigo masing-masing berasal dari kumpulan Ndrangheta di wilayah Calabria selatan Itali.

Malah, kumpulan Ndrangheta memang dikenali kerana kekejaman mereka.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/2013/12/ketua-mafia-itali-di-makan-babi-hidup.html#ixzz48MvoATvR
Follow us: @SentiasaPanas on Twitter | SentiasaPanas on Facebook
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close