loading...
Semua sudah maklum yang solat lima waktu adalah amalan wajib bagi umat Islam.. Satu perkara telah terjadi yang mengejutkan netizen, apabila seorang wanita di Riyadh, Arab Saudi dikatakan telah menuntut cerai dari suaminya selepas lima hari berkahwin. Wanita itu menuntut cerai dari suaminya, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak menunaikan solat.. Tegas wanita itu, dia tidak merasakan tindakannya itu terlalu terburu-buru..
Berdasarkan laporan media Arab Saudi, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan naik hantu apabila menyedari suaminya tidak menunaikan solat lima waktu.. Berita mengenai pasangan itu juga dikatakan menjadi perdebatan hangat di kalangan netizen.. Ramai yang menyokong tindakan wanita tersebut..
Mereka merasakan tindakan wanita itu betul kerana seorang suami yang tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada si isteri dan cara terbaik adalah berpisah.. Sementara itu, ada juga yang menentang tindakan wanita tersebut.. Mereka menentang bukan kerana tindakan wanita tu salah, cuma mereka merasakan tindakan wanita itu terlalu terburu-buru..
Betul! Sepatutnya wanita tersebut perlu lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya menunaikan solat.. Penceraian itu juga tidak disukai Allah S.W.T, kalau boleh harus dielakkan.. Pasangan suami isteri perlu membimbing antara satu sama lain ke jalan yang benar.. Bukannya mengambil tindakan yang terburu-buru seperti itu!
loading...