(Video) Wanita Mengadu Rasa Geli Seperti Ada Serangga Merayap Dalam Telinga, Rupa-Rupanya Ada Lipas Hidup

loading...
(Video) Wanita Mengadu Rasa Geli Seperti Ada Serangga Merayap Dalam Telinga, Rupa-Rupanya Ada Lipas Hidup


Satu rakaman video geli memaparkan proses membuang lipas dari seorang wanita yang tinggal di Bandar Huaihua , daerah Hecheng di wilayah Hunan.
Wanita yang dikenali dengan nama Su itu memberitahu doktor dia tidak tahu serangga apa yang hidup di dalam telinganya namun dia dapat merasakan serangga itu terus merayap dan mencakar kawasan dalam telinga.
Difahamkan, serangga itu merayap masuk ketika dia sedang tidur.
Menurut Su, dia sudah cuba membuang serangga itu sendiri namun apabila dia cuba mengeluarkan makhluk itu menggunakan putik kapas, makhluk itu pergi semakin dalam.
Setelah tidak tahan, Su kemudian pergi ke sebuah hospital di bandar Huaihu, dimana doktor membuat imbasan dan mendapati ada seekor lipas mendiami telinganya.
Doktor kemudian menyembur bahan kimia ke dalam telinga Su untuk melemahkan lipas terbabit.
Sebelum operasi pembuangan, doktor memberi amaran kepada Su bahawa prosedur itu akan menyebabkan dia merasa 'kegelian dan merasakan lipas itu bergerak dengan banyak'.
Rakaman video prosedur itu merakamkan bagaimana Su dalam keadaan tidak senang apabila doktor membuang lipas itu hidup-hidup dari telinganya.
Kelihatan kaki lipas itu masih bergerak-gerak ketika dikeluarkan.
Selepas melihat serangga itu buat pertama kali, Su berkata: "Ia benar-benar seekor lipas? Oh Tuhan".
Ketua ENT hospital terbabit, Meng Jie berkata: "Pesakit datang ke hospital dan mengadu rasa sakit di telinganya, mendakwa sejenis serangga telah merayap masuk ke dalam - dan ketika itu ia (lipas) masih bergerak"
"Kami menemui lipas di bahagian dalam telinganya - dan berjaya mengeluarkannya".
Meng juga menasihat orang ramai agar memastikan kawasan rumah sentiasa bersih dan tidak meletakkan makanan berdekatan kawasan tidur.
Selain itu, pesakit yang mempunyai masalah sama dinasihatkan agar mendapatkan rawatan pakar dari cuba membuang serangga itu sendiri.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close