Tips Hangatkan Katil Asmara: Suami Isteri Jangan Malu, yang Ini Kena Cuba

loading...
Tips Hangatkan Katil Asmara: Suami Isteri Jangan Malu, yang Ini Kena Cuba



Dengan pasangan janganlah malu-malu. Apa kata anda baca dulu panduannya DI SINI:


APAKAH hubungan intim bersama sang perkasa anda tidak lagi memberi kepuasan? Tiada lagi rasa ‘excited’ ketika melangkah ke medan asmara? Anda bosan dengan ‘rutin’ malam anda?
Jika semua persoalan-persoalan di atas biasa berlaku di dalam bilik tidur anda dan suami, mungkin anda dan pasangan perlu mencari jalan penyelesaian. Di sini ada tujuh tips yang boleh anda cuba untuk memperbaharui ikrar katil asmara anda. 

 

Antara Cara-cara Hangatkan Katil Asmara:

TIPS 1 

Jangan tanggalkan kasut selepas pulang dari kerja atau makan malam di luar. Biarkan buat seketika, bukan hanya sang suami dapat melihat lenggok tubuh tetapi juga kaki anda yang seksi itu.

TIPS 2 

Hembus nafas sambil membisikkan kata-kata menggoda pada telinganya. Sensasi sensual pasti dapat dirasai terus ke seluruh badan.

TIPS 3 

‘Role play’. Sempurnakan fantasi tersirat sang suami dengan karakter-karakter menggoda seperti peragawati, jururawat atau mungkin ‘vampire’ seperti dalam Twilight.

TIPS 4

Alunan muzik dapat merangsang deria seksual. Mainkan muzik seksi ritma R&B ketika hubungan intim.

TIPS 5

Apa kata kalian check in ke hotel berdekatan pada hujung minggu untuk alami pengalaman berbeza daripada kamar tidur anda. Habiskan masa bersama. Lupakan stres kerja buat seketika.

TIPS 6

Buah-buahan manis juga boleh menjadi ‘senjata’ yang mengghairahkan. Atau anda boleh sapukan sedikit madu pada kulit anda supaya si dia lebih terangsang. 
 

TIPS 7

Sebelum naik ke katil, apa kata mandi berdua-duaan. Jangan malu kerana inilah masanya untuk anda dan suami meneroka tubuh masing-masing. Jika tidak dapat lakukannya di rumah, mandian berdua di dalam tab mandi hotel juga satu perancangan yang menarik.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close