Taman Tema Sunway Janjikan Cuti Sekolah Paling Meriah, Tawar Promosi 'Kaw-Kaw' Untuk Bawa Keluarga Dan Rakan

loading...
Taman Tema Sunway Janjikan Cuti Sekolah Paling Meriah, Tawar Promosi 'Kaw-Kaw' Untuk Bawa Keluarga Dan Rakan


Sempena cuti persekolahan akhir tahun ini, nampaknya siri animasi Spongebob akan menghuru harakan Sunway Lagoon seperti yang terjadi kepada Bikini Bottom manakala reptilia ganas dinosaur akan menyerang taman tema Lost World Of Tambun.
Kesemua ini adalah untuk anda dan anak-anak yang sedang bercuti bagi memastikan cuti sekolah dapat dimanfaatkan sepenuhnya selepas hampir setahun belajar.

Spongebob huru harakan Sunway Lagoon seperti Bikini Bottom.
Watak kegemaran kanak-kanak Spongebob dan rakan baiknya Patrick akan huru harakan Sunway Lagoon, mereka akan menemui peminatnya di Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia yang terletak di Sunway Lagoon di mana kelibat mereka ini pasti digilai oleh kanak-kanak bahkan orang dewasa.

Tetamu yang hadir akan disambut meriah di Under The Sea Parade yang mempunyai pelbagai aksara hidupan laut selain pengunjung berpeluang untuk menangkap Santa Walk Around dan Captain Quack and Lady Quack.
Menjanjikan keseronokan yang maksimum di seluruh taman, tetamu akan dibawa ke Spongebob’s Christmas Lagoon menggunakan Lagoon Express Train yang dihias cantik dengan dimainkan lagu-lagu bagi memeriahkan suasana.


Kemeriahan akhir tahun ini sebenarnya tidak lengkap tanpa sesi Meet & Greet bersama Santa Claus di mana para tetamu boleh mengambil gambar atau memberitahu Santa Claus hajat mereka.

Selain itu, apa yang menarik pihak Sunway Lagoon turut memasang sepohon pokok Krismas setinggi 20 kaki bertemakan hiasan hidupan laut seperti batu karang, rumpai laut, kerang dan tapak sulaiman di atasnya.
Bagi mereka yang ingin membuat gelembung gergasi seperti Spongebob, berjalan di Buble Jellyfish Field berhampiran kawasan Spongebob's Splash Adventure di mana anda akan berseronok untuk menghasilkan pelbagai jenis gelembung belon yang menarik.

Pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat bertemakan Mali Cove Dance Show, Aloha Show dan juga permainan seperti Sukaneka Mini di pelbagai tempat di sekitar taman tema berkenaan di mana pada tahun ini  Sunway Lagoon telah tersenarai 5 Taman Air Terbaik di Asia oleh TripAdvisor's 2016 Travellers' Choice.

Bersempena dengan perayaan Krismas ini, pihak Sunway Lagoon telah berbesar hati untuk menawarkan potongan harga yang amat menarik untuk mereka yang berhajat untuk ke beriadah di taman teman terkenal ini.
Antara potongan yang bakal ditawarkan ialah

1. Pakej FamFun hanya berharga RM390 di mana harga asalnya adalah RM540, JIMAT RM170.
Pakej ini termasuk 2 keping tiket dewasa, 2 keping tiket kanak-kanak, vaucher makanan bernilai RM10 dan Voucher runcit bernilai RM10.
2. Pakej 4-To-Go hanya RM456 di mana harga asalnya adalah RM600, JIMAT RM184. 
Pakej termasuk 4 tiket dewasa beserta vaucher makanan bernilai RM20 dan Voucher runcit bernilai RM30.
Dengan menempah pakej ini anda berpeluang untuk memenangi pakej percutian 3 Hari 2 Malam bernilai RM3,700 di Sunway Pyramid Hotel Family Suite Getaway dan 4 tiket masuk Sunway Lagoon.

*Tiket melayakkan anda masuk ke Water Park, Wildlife Park, Amusement Park, Entreme Park, Nickelodeon Lost Lagoon dan Scream Park.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut :
Website:  Sunwaylagoon.com/nickelodeon
Facebook: Sunway Lagoon, Malaysia
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close