Sangka Telur Ayam, Ular Tertelan Tombol Pintu Dan Terpaksa Dibedah

loading...
Sangka Telur Ayam, Ular Tertelan Tombol Pintu Dan Terpaksa Dibedah


MISSOURI: Gara-gara tertelan tombol pintu yang disangka sebiji telur, seekor ular bernama 'Doorknob' terpaksa dibedah untuk menyelamatnya, lapor Yahoo News.
Menurut seorang peladang yang menemui ular berkenaan, ular tersebut adalah merupakan ular yang sengaja dibiarkan membiak dikawasan berkenaan untuk menangkap tikus yang berkeliaran di luar raban ayam milik mereka.
Namun tanpa disangka semasa menjalankan rutin harian di rumah ladannya itu, dia terjumpa ular berkenaan dalam perutnya benjol menyebabkan dia membawa ular berkenaan ke klinik veterinar untuk menyiasat apa yang dimakan olehnya.

Setelah melakukan imbasa x-ray, doktor mengesahkan benjolan yang ada di dalam perutnya itu adalah tombol pintu dan pembedahan dilakukan untuk membuangnya.
Peladang itu memberitahu yang tombol pintu berbentuk seperti telur ayam itu telah diletakkannya di atas tanah di reban sebagai telur palsu untuk 'memujuk' ayam-ayam peliharaannya bertelur, namun dia tidak menyangka 'telur' itu dimakan oleh reptilia berkenaan.
'Doorknob' kini sudah dilepaskan di habibatnya sekitar reban ayam berkenaan. - Siakapkeli.my

loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close