loading...
Bukan hanya penonton sahaja yang tersentuh hati apabila mendengar lagu ' Mama Aku Ingin Pulang' yang didendangkan oleh Azharina, malah juri pertandingan akhir program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), iaitu Hetty Koes Endang juga turut mengalirkan air mata.
Begitulah episod kemenangan Azharina dalam konsert akhir tersebut yang diadakan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam malam tadi. Dia berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, sebidang tanah lot banglo, rantai mutiara, melancung dan trofi.
Sementara Siti Sarah pula berjaya meraih naib juara dan menerima wang tunai sebanyak RM50,000. Siti Sarah juga memenangi anugerah Persembahan Terbaik Pilihan Penonton yang juga menerima wang tunai RM5,000.
Tempat ketiga dimenangi oleh Zarul (RM30,000), keempat Ameng (RM15,000), kelima Intan Sarafina (RM10,000) dan Gmie Screen keenam (RM5,000).
Untuk info,Azharina adalah juara ketiga selepas Ayai Ilusi dan Siti Nordiana berjaya bergelar juara dua musim terdahulu.
Photo: Astro Awani
loading...