loading...
Malaysia kini mengorak selangkah ke hadapan dalam industri pertahanan apabila menjadi antara salah sebuah negara pengeluar pistol buatan sendiri.
Pistol semi automatik yang merupakan pistol pertama buatan Malaysia bakal berada di pasaran tidak lama lagi (mungkin Disember ini) apabila sebuah syarikat, Aegis Malinnov Sdn Bhd memperkenalkan pistol buatan mereka April lalu.
Tan Sri Hashim Meon yang merupakan pengerusi Aegis Malinnov Sdn Bhd, memberitahu bahawa syarikat itu telah mendapat kelulusan (lesen) untuk menjual senjata api dari Kementerian Dalam Negeri dan akan ke fasa seterusnya iaitu mendapatkan pengiktirafan ujian ketahanan pistol dari Institut Penyelidikan Sains Dan
Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Pistol seberat 830 gram berkualiti dan dikatakan setaraf dengan pistol-pistol yang ada di pasaran antarabangsa. Proses pembuatan pistol ini mengambil masa selama 5 hingga 6 tahun untuk dihasilkan untuk pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang ditubuhkan syarikat itu untuk menghasilkan pistol yang menepati piawaian antarabangsa dan kehendak pasaran.
Kebanyakan anggota pasukan R&D untuk pembuatan pistol ini mempunyai latar belakang ketenteraan serta memiliki kemahiran tinggi dalam pengendalian senjata seperti bekas anggota Unit Tindakan Khas.
Berikut adalah spesifikasi pistol berkenaan:
- Barrel length: 119.1 mm
- Weight: 830gm
- Caliber: 9MM
- Overall length: 210mm
- Height: 139.1mm
- Width: 35mm
- Magazine capacity: 16
- Action: Double Action
Dengan adanya kemahiran dalam menghasilkan pistol buatan sendiri oleh anak tempatan, pasti ramai yang mengharapkan perkembangan dalam industri pertahanan dan keselamatan negara akan terus berkembang pesat seiring negara-negara kuasa besar yang lain.
Jika hari ini anak tempatan sudah mampu menghasilkan pistol pertama buatan Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti mereka juga mampu menghasilkan jet pejuang, helikopter tempur atau kapal selam sendiri. Malaysia Boleh!!!
Kredit: cari.com
loading...