loading...
Setelah memuat naik foto rumah banglo mewah miliknya, Rozita Che Wan beberapa hari lepas mendedahkan harga baglo baru miliknya itu bernilai RM 5 juta dan kini dalam proses ubah suai yang menelan kos RM 1 juta. Tujuan Che Ta mendedahkan harga berkenaan kerana tidak mahu orang ramai terus berteka-teki mengenainya.
Jelas sekali pendedahan Che Ta mendapat perhatian ramai dan turut mengundang kritikan netizen.
Netizen menganggap Che Ta terlalu riak dengan apa yang beliau miliki. Ada juga yang mempersoalkan adakah Che Ta sudah menjelaskan tunggakan cukai kepada LHDN yang sebelum ini turut menjadi kontroversi.
Hmmph, riak atau tidak kami tidak boleh memberikan komen mengenai perkara berkenaan. Namun, dari sudut positif mungkin ia boleh memberikan inspirasi untuk orang ramai khususnya wanita diluar sana untuk berjaya dalam bidang perniagaan seperti Che Ta.
loading...