loading...
Siap sediakan diri anda untuk acara paling rare, menguja dan mencemaskan di Malaysia pada tahun ini dengan menyertai Run For Your Lives di venue baharu iaitu Taman Botani Shah Alam pada 31 Disember ini.
Run For Your Lives (RFYL) merupakan satu permainan rekreasi yang mana peserta boleh memilih sama ada mahu menjadi zombi atau manusia biasa.
Acara yang dijadualkan berlangsung pada malam ambang tahun baru itu akan memberi pelbagai pengalaman cemas dan mendebarkan kepada peserta seolah-olah seperti berada di dunia yang sudah terjebak dengan wabak zombi.
Selain babak larian di kawasan luar, terdapat tiga mod penceritaan dalam RFYL iaitu:
- Mod Ruang Tamu (Kawasan ruang tamu yang dipenuhi dengan zombi)
- Mod Kurungan Hamba (Kawasan dimana zombi diikat dan dikurung)
- Mod Rumah Sembelihan (Kawasan dimana manusia dan zombi akan bersua)
- Mod Kurungan Hamba (Kawasan dimana zombi diikat dan dikurung)
- Mod Rumah Sembelihan (Kawasan dimana manusia dan zombi akan bersua)
Run For Your Lives juga bakal menyediakan pelbagai aktiviti sampingan lain seperti Tug-of-War, Nerf Shooting, Most Wanted Zombie Hunt dan pelbagai aktiviti menarik lain berkaitan dengan zombi.
Selain itu, pelbagai booth dan acara menarik lain seperti Brain Eating and Blood Sucking, Fruit Roll Eating, pertandingan kostum terbaik, muzik DJ, Food Trucks dan banyak lagi akan turut menyerikan RFYL di Shah Alam hujung Disember ini.
Bagaimana untuk menyertai?
Bagi orang ramai yang hanya mahu melihat kemeriahan karnival ini, mereka hanya perlu membayar RM10.00 sahaja sebagai yuran kemasukan. Mereka boleh menikmati pelbagai permainan sampingan di RFYL dan mengikut serta dalam sambutan ambang tahun baru.
Bagi yang mahu menyertai larian RFYL pula, yuran permainan adalah sebanyak RM79 dan wrist tag, baju-t serta medal disediakan.
Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan: www.runforyourlives.co/kl dan hanya dibuka dalam masa serta kuantiti yang terhad sahaja. Siapa cepat dia dapat!
Sebagai persediaan pada malam apocalypse Wabak Zombi itu nanti, peserta-peserta diingatkan untuk membawa e-ticket, kad pengenalan dan lampu suluh/lampu.
Dapatkan kemaskini terkini RFYL dengan mengikuti Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/rfylmy/.
Sebagai teaser RFYL @ Taman Botani Shah Alam, tonton dahulu video prank lorong berhantu yang dicipta khas untuk kemeriahan RFYL 31 Disember ini.
loading...