Tersebar luas sebuah video berdurasi hampir 3 minit di media sosial yang memaparkan terdapat pelanggan di sebuah restoran mamak kelihatan bukan sahaja mengadu daging ayam sudah basi, malah memaksa dua ...

loading...
Tersebar luas sebuah video berdurasi hampir 3 minit di media sosial yang memaparkan terdapat pelanggan di sebuah restoran mamak kelihatan bukan sahaja mengadu daging ayam sudah basi, malah memaksa dua ...

U MAKAN...!!! U MAKAN SEKARANG INI KARI BASI KASI MAKAN AKU PATUT KE..KACI HABIS ADA CAYE KE ..BILA U BUAT INI KARI,,
Makanan Dipesan Rupanya Basi,Adakah Salah Pelayan Restoran? - Fokus@CARI
sumber foto: suntingan visual dari video
Adakah pekerja yang hantar makanan wajar dipersalahkan sekiranya makanan itu didapati sudah basi? 
Baru-baru ini, tersebar luas sebuah video berdurasi hampir 3 minit di media sosial yang memaparkan terdapat pelanggan di sebuah restoran mamak kelihatan bukan sahaja mengadu daging ayam sudah basi, malah memaksa dua orang pekerja restoran itu makan habis daging ayam tersebut. 
Paparan video tersebut dikatakan telah menimbulkan kecaman hebat di kalangan netizen mengenai tindakan kurang ajar pelanggan berkenaan.
Video tersebut dimuat naik di laman facebook yang berakaun nama 'My Scandal' pada 26hb Julai dan turut tertera tulisan yang menyatakan bahawa video tersebut diambil dari laman facebook seorang lelaki yang bernama Haqeem.
Setelah video berkenaan dikongsi dan dimuat naik di laman facebook pihak lain, ianya sekali gus menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen. 
Setakat ini, paparan video tersebut telah ditonton dan dikongsi oleh hampir 200 ribu orang. 
Berdasarkan visual yang ditunjukan, dua orang pekerja tersebut kelihatan berdiri di sebelah tepi tempat duduk pelanggan.
Salah seorang pelanggan lelaki perintah pekerja itu hubungi pemilik restoran dan kemudian memaksa kedua-dua pekerja itu makan daging ayam yang sudah basi itu pada ketika itu juga. 

sumber foto: suntingan visual dari video
Pada mulanya, pekerja terbabit kelihatan dalam keadaan dipaksa dan enggan makan, tetapi setelah digertak pelanggan terbabit yang berkata: " kalau awak tidak makan, saya akan pukul awak", akhirnya pekerja yang bertopi itu terpaksa akur dan makan satu demi satu daging ayam.
Akan tetapi pelanggan tersebut masih tidak puas hati dan terus sambung perintah seorang lagi pekerja makan habis semua daging ayam itu.
Setelah dikongsi, salah satu laman facebook khas bertanya: " Ini sebenarnya salah siapa? Adakah kesalahan pelanggan yang pilih masakan, atau pun peniaga yang hanya mencari keuntungan?" 
sumber foto: laman facebook 'My Scandal'
Sementara itu, kebanyakan netizen dikatakan mengecam pelanggan yang kelihatan kuat memaki pekerja terbabit. 
Biarpun makanan sudah busuk pun tidak perlu hina dan paksa mereka makan, adalah lebih wajar cakap baik-baik dan minta tukar yang baru. 
Salah seorang netizen berpendapat, pekerja yang hantar makanan sebenarnya tidak salah pun, pelanggan berkenaan seharusnya memaklumkan kepada tukang masak dan pemilik kedai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan. 
Tindakan memaksa kedua-dua pekerja itu makan habis daging ayam yang sudah basi adalah tidak wajar dan melampau.
Harus diingat, permuafakatan membawa berkat!
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close