Suri Rumah Cerita Detik Cemas Bergelut Dengan Penyamun Demi Keselamatan 2 Anaknya !

loading...
Suri Rumah Cerita Detik Cemas Bergelut Dengan Penyamun Demi Keselamatan 2 Anaknya !

KEMAMAN, TERENGGANU - Seorang ibu dan dua anaknya gadisnya trauma apabila mereka diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan pisau yang cuba menyamun rumah mereka. 
Dalam kejadian jam 7 petang semalam, mangsa, Noora Zhatul Shima, cedera di bahagian telinga ketika bergelut dengan suspek di dalam rumah. 
Menceritakan semula kejadian itu, Noora sebelum itu sedang menyiapkan makanan untuk dua anaknya. Namun terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang menjengah di tingkap dapur yang bertanya di mana suaminya. 
"Saya tanyalah dia, buat apa nak cari suami saya. Saya hanya mendengar percakapannya gitu-gitu saja sebelum dia beredar," katanya. 
Kira-kira 20 minit kemudian, Noora terdengar bunyi kunci rumah dan menyangka anaknya mahu membuka pintu pagar. Noora yang pada ketika itu berada di dapur terus ke depan dan melihat siapa yang datang, namun tiada sesiapa. 
"Saya tanya pada anak saya, Deeha, ada orang ke datang cari bapanya? Katanya ada dan sedang menunggu di pintu. Saya hairan, bagaimana lelaki itu boleh masuk sedangkan pintu pagar berkunci. Saya mula risau bila terfikir ada orang yang tidak dikenali telah memanjat pagar rumah kami. 
"Ketika saya sedang mendail nombor telefon suami sambil mengunci pintu grill, tiba-tiba seorang lelaki masuk lalu mencekik leher dan mengacukan pisau pada saya. 
"Suspek yang bertopi dan melindungi separuh wajahnya dengan kain sapu tangan menjerit meminta saya tidak berbuat bising dan mendiamkan diri," katanya. 
Mangsa hampir putus nafas dicekik suspek. Namun apabila teringat pada kedua anaknya yang sedang menyaksikan kejadian itu dan bimbang mereka pula menjadi mangsa lelaki itu, Noora cuba bangun dan berlawan dengan suspek habis-habisan. 
"Saya tendang dia dengan kuat sampai tak sedar terentap jam tangannya sehingga terputus dan telinga saya berdarah akibat pergelutan itu. Sebelah tangan dia mencekik leher saya, sebelah lagi memegang pisau. Saya juga tidak sedar entah bila dia merampas telefon bimbit saya semasa saya sedang mendail nombor telefon suami," katanya.
Menurut Noora, dia tidak menolak kemungkinan kedatangan suspek pada kali pertama di belakang dapur adalah untuk melihat siapa penghuni di dalam rumah. 
"Memang trauma. Kasihan Dinie dan Deeha terpaksa tengok keadaan saya pada ketika itu. Namun Alhamdulillah saya dan anak-anak selamat," katanya.
Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan difahamkan, kejadian yang sama juga pernah berlaku pada mangsa sekeluarga.
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close