Subhanallah !! Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri, Namun Selepas Peluk Islam apa yang dia alami !!

loading...
Subhanallah !! Bertahun Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri, Namun Selepas Peluk Islam apa yang dia alami !!


Bertahun Lelaki Ini Hidup Merempat Di Kebun Getah Bersama Anak Isteri, Namun Selepas Peluk Islam Segalanya Berubah. Dibesarkan dalam keluarga yang susah & kematian ayah & ibu sejak masih kecil menjadikan pengalaman sebelum Islamnya agak sukar. Setelah mendapat hidayah memeluk Islam lelaki muallaf ini atau dikenali sebagai Ali suatu masa dulu pernah hidup merempat.
Setelah berumah tangga pernah bekerja mengutip barang-barang terpakai di tempat pembuangan sampah. Pernah tinggal di pondok kecil di dalam kebun getah.
Kerja mengambil upah menoreh getah dengan pendapatan yang tidak menentu tidak cukup bagi menampung keperluan mereka sekeluarga. Anak sulung berusia 6 tahun, kedua 4 tahun & ketiga berusia setahun.


Takdir Allah membuatkan mereka dipertemukan dengan wakil Hidayah Centre Foundation melalui seorang rakan yang berbaik hati membantu mereka sekeluarga keluar daripada kesusahan dan kesempitan.
Alhamdulillah kini setelah dibantu dan dibimbing oleh Hidayah Centre Foundation, Ali telah mempunyai pekerjaan yang memberikannya pendapatan yang agak stabil.
Bekerja sebagai tukang kebun di Pusat Pendidikan Al-Azhar Jitra memberikan makna yang sangat besar buat muallaf ini. Kini Ali terus memdapat bimbingan agama Islam melalui sukarelawan Hidayah Centre Foundation dan Gabungan Dakwah Negeri Kedah.
Marilah sama-sama kita membantu memperkasakan bantuan, bimbingan kepada para muallaf dan dakwah kepada belum Islam dengan menyokong program-program Hidayah Centre Foundation. Antara program terdekat ialah program penjanaan dana bantuan melalui program Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC).
Setiap daripada sumbangan anda pasti bermakna dan akan meringankan beban para muallaf yang mempunyai nasib hampir sama seperti muallaf ini. Ganjaran pahala Allah yang besar in sya Allah menjadi bekalan anda untuk ke syurgaNYA
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close