Saintis Temui Ekor Dinasour Berbulu Terpelihara Dalam Batu, Dipercayai Berusia Hampir 99 Juta Tahun

loading...
Saintis Temui Ekor Dinasour Berbulu Terpelihara Dalam Batu, Dipercayai Berusia Hampir 99 Juta Tahun

Ekor berbulu terbabit.

Dalam satu penemuan yang mengejutkan, saintis menemui satu fossil ekor berbulu milik dinasour, dipercayai berusi 99 juta tahun.
Batu ember  yang mengandungi ekor berbulu dan bertulang sepanjang 1.4 inci itu masih lagi mengandungi tisu dan masih terpelihara kerana ia beku di dalam sebiji batu ember.
Batu tersebut ditemui di satu kawasan lombong di utara Myanmar.
Namun kewujudan fosil itu ditemui saintis di pasar jalanan oleh ahli paleontologi, Lida Xing dari University Beijing pada tahun lepas.
"Saya tak pernah menjangkakan kami boleh temui cebisan dinasour dalam batu ember. Ini adalah perkara paling menakjubkan dalam hidup saya", kata Xing kepada NPR.
"Ianya satu penemuan sekali seumur hidup", kata rakan pengkajinya, Ryan McKellar dari Royal Saskatchewan Meseum Kanada kepada CNN.
Mereka percaya bahawa batu ember itu mengandungi bulu dinasour pertama yang masih terpelihara.
Dipercayai juga, ekor berbulu itu merupakan milik seekor dinasour kecil yang hidup di masa pertengahan Cretaceous lebih kurang 99 juta tahun dahulu.
Gambar micro-CT scan pada specimen terbabit.

Bentuk ekor pada specimen tersebut
loading...

loading...
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close