loading...
TERSEBAR di facebook, banner (kain rentang) makluman bahawa mulai 12 Disember 2016 (esok), santan kelapa di Daerah Rembau akan dijual pada harga RM11 sekilogram (RM11/kg). Perkara itu mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna.
Difahamkan pihak peniaga santan turut menerima maki hamun dan dituduh cekik darah oleh orang ramai berhubung mekluman kenaikan harga santan tersebut.
Salah seorang peniaga tampil menjelaskan punca kenaikan harga santan kelapa yang membebankan pengguna itu didakwa ada kaitan dengan kejatuhan matawang Ringgit Malaysia.
Menurut Nor Sya, bekalan kelapa tempatan tidak mencukupi untuk menampung perniagaannya yang memerlukan sekurang-kurangnya 3 tan kelapa seminggu.
Justeru dia terpaksa 'import' buah kelapa dari Indonesia.
Kejatuhan nilai matawang Ringgit Malaysia, RM memburukkan keadaan apabila dia terpaksa bersaing dan membeli kelapa dengan harga yang mahal berikutan peningkatan permintaan kelapa dari Thailand.
Dakwanya lagi, nilai matawang Thailand kini lebih tinggi berbanding dengan nilai RM.
Menurut Pakar ekonomi yang sangat dihormati, Prof Jomo Kwame Sundaram sebelum ini dilaporkan mendakwa hilangnya keyakinan terhadap kerajaan Malaysia, berhubung pendedahan skandal 1MDB menjadi punca utama kejatuhan nilai matawang RM.
Kwame mendakwa krisis keyakinan tersebut sangat serius dan mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap Malaysia. — Malaysiakini.com / Milosuam.net
loading...